KDN Perlu Tanggungjawab Atas Kematian Baharuddin Ahmad


PAS mahu KDN tanggungjawab kematian peserta BERSIH

PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani Himpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai “ganas” sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian seorang peserta perhimpunan itu.

Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa (gambar)berkata, Baharuddin Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,

Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam.

Difahamkan suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan.

Jenazah Baharuddin akan dikebumikan selepas Zohor.

“Kita merakamkan rasa dukacita terhadap kematian salah seorang peserta yang terkena gas pemedih mata dan telah meninggal dunia, kita ada rakaman video itu dan kita boleh lihat bagaimana dia rebah dan tidak bernafas.

“Esok (hari ini) kita akan menunaikan solat jenazah Allahyarham dan kita harap kerajaan bertanggungjawab dan lakukan siasatan telus dan kemudian maklumkan bagaimana Baharuddin meninggal dunia,” kata Husam pada sidang media tergempar di ibu pejabat PAS lewat malam tadi.

Seramai 1,401 orang ditahan termasuk pemimpin Pakatan Rakyat semalam.

Menurut pemimpin Bersih 2.0 perhimpunan semalam itu dianggap “satu kejayaan besar” dengan 50,000 peserta hadir memberikan sokongan walaupun tidak dapat menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata hanya sekitar 6,000 orang hadir di pusat ibu negara?

Husam juga berkata, penahanan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan polis mempunyai “agenda politik.”

“Kita dukacita dengan penahanan Presiden PAS dan seolah-olah polis mempunyai agenda politik, malah kenyataan ketua polis negara juga mirip agenda politik,” katanya.

Sementara itu, Hadi dalam kenyataannya selepas dibebaskan berkata sekiranya Barisan Nasional (BN) melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 “kebangkitan lebih besar” akan berlaku.

“Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik, walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar.

“Di samping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihan raya dan demokrasi, bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihan raya tetapi juga selepas pilihan raya. Kita tunggu dan lihat respons kerajaan,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain Hadi, pemimpin PAS yang turut sama ditahan ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Kesemuanya telah dilepaskan malam tadi.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Anonymous  On July 10, 2011 at 10:15 am

    Mati katak jer bro…mati atas jalan ambiga, kerana ambiga dan demi ambiga….jap g ambiga datang utk imamkan mereka….

    • abu shahid  On July 10, 2011 at 10:29 am

      Macamlah hang ni sama dengan Allah ,boleh tau apa niat dalam hati saudara Baharuddin tu?

      Pi ngaji bagi banyak sikit sebelum menunjukan kebodohan hang kepada publik.

    • Anonymous  On July 13, 2011 at 12:07 am

      i’m a chinese and i am real sad for his death . i cried with i saw the video of him . i feel so sorry for his daughter . you anonymous dont even dare to post your name out . i dont mean to curse anyone but maybe someone on this earth will cheer for your death someday and you want it ? think about the family members please . educate your rusted empty brain . may god clean your dirty soul .

    • An-Nisa'  On July 13, 2011 at 12:30 am

      Komen biarlah berilmu sedikit. Diri kamu bukan Tuhan untuk menentukan nasib seseorang itu. Astaghfirullahal’azim.

  • khairul  On July 10, 2011 at 10:59 am

    satakat comment x guna nama sebenar baik tak yah.. x dak teloq.. hang tau ka hang tu mati atas jalan apa.. syurga neraka hang tentukan?

  • bukan org politik  On July 11, 2011 at 11:35 am

    salam takziah buat keluarga arwah… soal keiklasan perjuangan biar Allah yg tentukan… kita tiada hak nak tentukan…. cuma pembetulan di sini… yg perlu bertanggung jawab adalah anwar ibrahim… dalang yg suka perguna keikhlasan perjuangan org lain…. terdesak sgt nak jadi PM… buka la minda…. kita bukan boleh dapat kerajaan malaikat…. ada kepincangan perbaiki dan bincang secara elok… belum tentu yg menganti mandat… dapat memberi kerajaan malaikat…

    selagi kita hidup aman damai… boleh cari rezeki…. tiada di tindas… tak perlu lah nak tukar kerajaan dgn cara mcm tu… pembangkang jalankan la tanggung jawab tegur mana yg tak betul…. bukan kemaruk nak ambil alih pemerintahan sangat… sampai huru hara negara dibuatnye… kepentingan umum lagi penting dari kepentingan kepartian… baik PR mahu pun BN….

    sebagai pengundi aku pun setuju akan ketelusan SPR… terpikir jugak di pikiran aku yg dangkal ni…. kalau tak telus masakan PR boleh dapat 5 negeri…. hmmm… ntah la… adakah bila dapat tawan kerajaan baru boleh dikira telus & adil… hmmm….

    aku bukan org politik…. undi aku rahsia…..

    • bukan org politik  On July 11, 2011 at 11:57 am

      sorry… tersalah taip… maksud aku… sebagai pengundi aku setuju SPR perlu pertingkatkan ketulusan nyer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: