Live Bersih di KL Hari ini…Wira tak Didendang (Refresh)


Untuk info terkini silakan refresh browser anda

Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

NONESebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

LAPORAN LANGSUNG:

3.18 petang: Majlis Peguam menyelar tindakan kasar polis terhadap peserta himpunan@bersih2. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan malam ini @BERSIH_live

3.05 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditangkap polis di Pasar Seni.

3.00 petang: Sebahagian peserta himpunan dilapor telah mula membanjiri Stadium Merdeka.

2.38 petang:Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar dilaporkan cedera di KL Sentral. Manakala pengawal peribadi beliau dikasari dan turut dipukul. Anwar kini dikatakan kembali semula ke Hotel Hilton.

2.36 petang : Pengerusi Bersih, Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih, Maria ChinAbdullah ditangkap polis

2.26 tengahari: Menurut harakahdaily, kira-kira 20 ditahan di depan di Dataran Maybank.

2.10 tengahari: Polis dilapor bertindak ganas dengan mengheret dan memukul orang ramai di depan Pudu Raya. Seorang cedera dengan kepala berdarah.

1.59 tengahari: Di menara Maybank pula, polis melepaskan gas pemedih mata ke arah  orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. mereka berarak di hadapan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Razak.

1.52 tengahari: Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek. Orang ramai berpecah selepas polis melepaskan gas pemedih mata, tetapi dijangka berkumpul semula.

1.50 tengahari: Tinjauan berhampiran Masjid Bukhary Jln Hang Tuah polis menghalang umat Islam menunaikan solat Zuhur di masjid.

1.46 tengahari: Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga memaklumkan 10 wakil Bersih akan mengadap Yang DiPertuan Agong menyerahkan memorandum.

1.36: Kumpulan dari Plaza Pudu telah bergabung di hadapan Menara Maybank. Dianggarkan lebih 10,000 hadir.

1.32 tengahari: Polis lepas gas pemedih mata ketika azan di Masjid India. Jemaah solat dgn mata pedih.

1.30 tengahari: Selepas sidang media di Hotel Hilton, pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan bergerak ke Stadium Merdeka.

1.20 tengahari: Rasmi dari polis: 514 ditangkap (478 lelaki dan 36 wanita)

1.17 tengahari: Lebih 5,000 lagi berkumpul di dataran Menara Maybank.

1.15 tengahari: Kira-kira 5,000 peserta berarak dari Petaling Street ke Stadium Merdeka. Bilangannya dijangka terus meningkat dari pelbagai arah.

1.10 tengahari: Ketua Umum KEADILAN, bagi pihak Pakatan Rakyat mengutuk keganasan polis

1.05 tengahari: Menurut catatan twitter Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Khalid Jaafar, beliau ditangkap dan berada dalam trak polis bersama 17 yang lain.

1.05 tengahari: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditahan dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.

12.56 tengahari : Polis melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai di depan Agro Bank

12.55 tengahari: Kira-kira 100 anggota polis sedang menuju ke arah Pasar Seni untuk melakukan tangkapan

12.50 tengahari: Lebih 1,500 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.50 tengahari:  Polis menahan pergerakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah di KL Sentral. Turut bersamanya,ahli MPP, Latheefah Koya

12.40 tengahari : FRU dan Polis melepaskan tembakan di hadapan Agro Bank.

12.40 tengahari: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dilaporkan ditahan di KL Sentral. Kedua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang.

12.36 tengahari Polis dilaporkan menghalau orang ramai yang berkumpul berhampiran Masjid Jamek. Trak FRU yg diparkir di kawasan berhampiran mula bergerak.

12.30 tengahari: Kumpulan peserta himpunan dari Masjid Negara dilaporkan telah bergabung dengan kumpulan dari Pasar Seni menuju ke Stadium Merdeka.

12.15 tengahari : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bersiap sedia di Hilton KL untuk berarak ke Stadium Merdeka. Turut bersama beliau adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang serta Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

12.15pm:Beberapa jam menjelang perhimpunan yang Bersih 2.0 rancang untuk adakan, polis telah memulakan tangkapan sejak awal pagi tadi.

Pergerakan Pemuda Umno juga merancang untuk mengadakan perhimpunan balas petang ini. Maklumat diterima dari ibu pejabat polis Bukit Aman menunjukkan 321 orang telah ditahan termasuk 17 wanita setakat 12 tengah hari, termasuk lapan wanita

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan di Stadium Merdeka.

The Malaysian Insider mendapati di pusat membeli-belah Sogo, seramai 18 individu ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Sementara itu, di kawasan berdekatan stesen LRT Masjid Jamek setakat 10.30 pagi tadi, tujuh individu disyaki peserta Himpunan Bersih 2.0 ditahan.

Polis menghalau mereka yang tidak mempunyai tiket dari stesen komuter Kuala Lumpur sekitar 10 pagi tadi. – Foto TMI

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata pihaknya menghantar sepasukan anggota polis ke lokasi tersebut.

Polis juga menahan sekumpulan orang, dipercayai peserta perhimpunan di stesen kereta api lama di Jalan Kinabalu.

Polis dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memperketatkan kawalan dengan memeriksa semua penumpang LRT, Komuter dan Monorel diperiksa.

Selain itu, polis juga memeriksa semua kenderaan yang memasuki ibu negara.

The Malaysian Insider difahamkan seramai 21 individu telah ditahan sejak malam tadi.

Di kawasan Pasar Seni, seramai lima lima remaja ditahan kira-kira 11.35 pagi.

Pengarah Perhubungan Awam Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka yang ditahan masih disoal siasat.

Bagaimanapun beliau menafikan khabar angin bahawa gas pemedih mata dilepaskan dekat KLCC.

“Tidak, semua itu laporan palsu, sehingga kini kami tidak menggunakan apa-apa,” katanya

9.45am: Masjid Negara – Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara – Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.40am: IPK Kuala Lumpur – Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: Kampung Baru – Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.

9.35am: Masjid Jamek – Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

“Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

9.30am: Maju Junction – Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.

9.15am: DBKL – Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.05am: KL Sentral – Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.

9.00am: Stadium Merdeka – Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.50am: Dataran Merdeka – Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

“Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS – Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman – Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag ‘Pemantau’ di jaket mereka.

“Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.

8.30am: Kampung Baru – Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
 Sogo – Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am:
 Hotel Tune – Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang – Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek – Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara – Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

blog ini akan memuatkan berita terkini disekitar laungan Bersih di KL…

Senjata para demonstran adalah gigi dan lidah sahaja…

Dengan nama Allah dan kekasih sejatinya Muhammad SAW…itulah seruan pertama dan terakhir blog ini.

sumber dari semua media dan info dari ejen nusup blog di serata bumi ALLAH.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: