Puas ‘Meratah’ Rezab Melayu Tun M Buat Sedih Pada Harapan Melayu Pulak


Apa nama..apa nama..apa nama….itulah ungkapan popular beliau 

‘Bail Out’ lebih popular darinya….semua projek KERAjaaaan yang seperti sengaja dibuat kerugian….mangsanya adalah wang rakyat…mangsanya ialah anak Melayu tidak mendapat biasiswa…mangsanya ialah nilai ringgit jatuh dipasaran dunia….mangsanya ialah semua rakyat Malaysia…

Projek projek yang kononnya menggunakan tanah rezab melayu dan telah di’convert’ kepada nilai antarabangsa dan industri pada zaman pentadbiran beliau sudah berapa hektar digantikan sehingga kini?…jawablah dengan benar dan tidak ada lain dari benar.Persoalan ini memang agak sensitif bagi sesetengah pihak,tetapi itulah hakikat yang telah tergadai dek kerakusan kuasa dan mahu segera menjadi kaya raya.

Kesan kegagalan pentadbiran beliau akan ditanggung oleh generasi kini dan akan datang.Malaysia dihantui oleh belanjawan defisit selama 13 tahun berturut turut.Kawalan harga barang hanya omong kosong. Insuran kereta buruk mengatasi nilai semasa eset.Yuran pengajian terus naik dari tahun ketahun.

Cuma satu sahaja jawapan popular pihak KERAjaaan …..” LEBIH RENDAH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA JIRAN’.Sampai bilakah dilema ini akan berterusan.

Terpulang kepada rakyat Malaysia sendiri untuk menentukan masa depan mereka.

“pucuk tidak mencecah awan,akar tidak menjengah bumi”.

Mahathir:”saya sedih bumiputra masih mengharap Ketuanan Melayu”

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedih apabila mendengar orang Melayu masih bercakap mengenai Ketuanan Melayu kerana beliau mahu kaum itu berdiri pada keupayaan diri mereka, bukannya hak istimewa diturunkan menerusi perlembagaan.

Malah bekas perdana menteri ini juga kelihatan ‘keberatan’ apabila ada usaha mengaitkan DEB dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menjawab soalan pada Kongres Profesor Kebangsaan di sini, kata Dr Mahathir, beberapa peruntukan dalam DEB seharusnya telah pun digugurkan.

“Berkenaan dengan (Artikel) 153, jika ia berkenaan dengan bahasa, agama dan kesemua itu, tidak mengapa, tetapi kita telah memperluaskan sehingga membabitkan DEB.

“Dan, beberapa aspek DEB seharusnya dimansuhkan sebaik sahaja mereka yang mendapat manfaat daripada DEB telah memperlihatkan keupayaan mereka,” katanya.

“Saya sangat sedih apabila saya mendengar orang Melayu bercakap mengenai Ketuanan Melayu,” katanya.

“Ternyata ada tanah simpanan Melayu sebab itu kita adalah tuan. Tetapi untuk hidup di (tanah) simpanan Melayu adalah satu penghinaan, sebab itu bermakna saya lemah, saya dilindungi di tanah sendiri. Ia bukan sesuatu yang harus dibanggakan,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata orang Melayu seharusnya mempertingkatkan keupayaan mereka agar mereka tidak bergantung pada hak-hak istimewa.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: