Sosilawati Terima Cek RM1 juta dari Pathmanabhan: Saksi


Bicara kes Sosilawati hari ke 2

SHAH ALAM: Datuk Sosilawati Lawiya menerima cek tertunda bernilai RM1 juta pada petang 3 Ogos lalu daripada tertuduh pertama, N Pathmanabhan.

Saksi Pendakwaan ke-13, ahli perniagaan, Junaidah Ismail, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini pada ketika itu, beliau, Sosilawati dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, pergi ke pejabat Pathmanabhan di Banting, dan menunggu selama setengah jam, sebelum tertuduh pertama tiba menaiki kereta jenis Mercedes Brabus.

Katanya, beliau hanya menunggu dalam kereta bersama- sama Kamaruddin manakala Sosilawati turun sebentar dan mengambil sesuatu daripada Pathmanabhan, sebelum masuk semula ke dalam kereta.

“Sosilawati pegang cek. Dia tunjuk kepada saya di belakang dan berkata, ‘Nah Kak Ju tengok, aku dapat payment’.

“Saya nampak cek itu bernilai RM1 juta. Ketika nak pulangkan, saya ternampak ia post dated cheque.

“Saya tanya, Ti, kenapa bulan September, sekarang Ogos dan dia kata, tak mengapa, kita dah bincang,” katanya.

Bernama

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: