Polis Derhaka Titah Agong,Kepong Program BERSIH di PJ


Polis kepong Dewan MBPJ untuk henti program Bersih

Engkar Titah Khas Yang DiPertuan Agong, pasukan polis meneruskan intimidasi terhadap aktivis Bersih apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi.

Tindakan itu kurang 12 jam selepas  Tuanku Mizan Zainal Abidin membenarkan himpunan aman Bersih dilakukan di stadium pada 9 Julai ini.

Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.

Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.

Polis secara kasar menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut dan menggunakan haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan, namun diancam ASP Marzuki yang mengumumkan taklimat itu sebagai himpunan haram.

Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit.

Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan.

Menurut Sivarasa, beliau kecewa dengan tindakan polis yang jelas melanggar Titah Yang Di Pertuan Agong supaya semua pihak melakukan rundingan dalam isu himpunan Bersih.

“Saya merasa kecewa kerana PDRM masih terima arahan politik dari Umno-BN untuk gagalkan himpunan 9 Julai walaupun Agong benarkan himpunan itu diadakan di dalam stadium.

Sementara Dr Nasir pula berkata, beliau kesal kerana kehadiran dua wakil rakyat di kawasan itu seakan tidak dipedulikan pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai hak menggunakan dewan berkenaan.

“Harapan kami polis selepas ini akan lebih bertolak ansur dan menggunakan budi bicara,” kata beliau. Sementara itu, polis menahan Ahli Jawatankuasa Cabang KEADILAN Rembau, Norliza Samsudin di Balai polis Alor Gajah, Melaka.

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin, dilaman twitternya, Norliza ditahan hanya kerana pihak polis menjumpai lencana Bersih di dalam poket bajunya. Sehingga kini Norliza tidak dibenarkan bertemu dengan sesiapa, termasuk ahli keluarga dan pihak peguam.

Kd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • abubakar  On July 6, 2011 at 11:57 pm

    Melihat dari pandangan Manusia segala perlakuan buruk dan jelek anggota Polis….. boleh menitiskan airmata …

    Rakyat yang baik …. Rakyat yang luhur hati…. Inilah kita …. diperkotak-katikan.. kecewa yang bukan sedikit… apa lagi yang tinggal jika kemanusian manusia dicabut dgn sengaja….. tak ada apa yang tinggal lagi….

    Kepada siapa nak diadukan salahlaku Pemerintah… untuk kekal berkuasa manusia sanggup lakukan apa saja… fitnah…sumpah… malah Tuhan dicampak ke longkang..

    Rakyat yang baik…. Rakyat yang luhur hati….. boleh menitiskan air mata

  • JOE  On July 15, 2011 at 12:56 pm

    beginilah perangai manusia yang tamakkan harta semata-mata,sanggup memukul menghentak sesama manusia,melayu ,islam..menjaga satu kaum yang benci pada islam,tanpa ilmu..yang tidak haram dikatakan haram,yang haram pula tak dikatakan haram..busana muslim,kartun hina nabi,akhbar serawak dan lain-lain..tari menari,bar,night club..tak pula haram..ini lah perangi YAHUDI sebenar…kepada penyokong..jawab lah kamu di akhirat kelak..

  • tan  On September 14, 2013 at 11:23 pm

    敬爱的佛教伩徒,
    有关马來西亜,吉隆坡,甲洞帝沙再也 (暹寺) 三宝寺 Samnak Sambodhi Buddhist Association No.19-21 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia. 所发生的纠纷, 经过阅读了,Venerable Phra Piya Thammo 和尚及叶金福律师 (Yip Kum Fook) 的双方书信之后, 再经实地旁听了觧,做为中间人,我要客观实事的说:

    1.当一个和尚、初出道 (小学生),在修行, 若有缺点, 那是难免.他马华公会鹅唛區会主地席叶金福律师(Yip Kum Fook),却心眼看不顺,就电招警万到耒佛教之圣地要扣畄和尚耒耻唇出家人, 这是绝对不许可, 除非是殺人放火之大罪悪.

    2.他身为马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook),却反其道而行, 在佛寺不依佛法而軽视佛教的精神, 以傲慢的手段,帶领一般黑社会的人耒挑衅和尚打架, 这也是不该有、更不是佛教修行者的行为.

    3.佛教的圣地, 其主要的目地, 是让眾生修佛道, 不是政治争執的地方. 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 却利用佛教之圣地当政治活动的场所。如此果敢冒犯佛陀的教誨,更是大大的罪悪。

    囯有囯章,彿有佛法,家有家规. 如果出家人有何不对之处, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook), 为何不向主持和尚投?让出家人自依和尚的條规处理、却强权一味要显示他是马华公会鹅唛区会及三宝寺理事会主席, 无法无天的应用霸道手段践踏佛教之圣地.为什么。。。。。为什么.

    至今, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook),不当不歉愧,还要狡辩, 这又证明了他说一套, 做的又是另一套, 囗是心非, 所谓的两舌, 相当阴险. 身为律师, 受高深教育, 却应用如此悪毒, 横蛮无礼的作风污辱和尚, 相等于是耻辱佛教伩仰者。他叶金福律师(Yip Kum Fook)不向主持和尚投诉, 却自承英雄,电招外耒者.请问,身为將近20年的三宝寺主持和尚兼顾问,也是第一位 自筹建寺的大功臣,在大马南傳泒中,是闻名遐邇的高僧.其脸要放在那裡?同样的,要是台湾星雲大师的佛寺沙彌犯錯, 理事会没有礼貌自作主张,电招警方要扣畄其沙彌.我敢请问!星雲大师的自尊是怎样的感受?他叶金福律师(Yip Kum Fook)是后耒者,担任理会主席也不久, 竟敢应用如此,目无尊長的方式对待住持,间接的就是告大家,强迫住持和尚必远離,雀巢鸠要佔。这种用心不良, 有老千之谋, 的确令人不敢恭维。

    縱观以上几项重点,我不是盲目的護持三宝, 而是要坦白的说;他叶金福律师 (Yip Kum Fook) 身受高深教育, 为律师者,本应通情达理才是,但遗憾的是, 却令人惊觉, 他厡耒就是彿书裡所讲的狡猾且残忍的此颣人。他叶金福律师 (Yip Kum Fook),利用他的专业知識, 懂得包裝自己的道德守則,以宗教为幌子手,到处募款,商业经营, 政治活动为重, 并没依循佛教宗教守则行事, 也没对人道作出任何貢献, 只不过借宗教之名捞取权和私利而己。

    在此, 我奉劝, 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 好自为之, 免因果報应.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: