Timbul ‘Skodeng’ Pulak dalam Kes Sosilawati


Erni Dekritawati (tengah) bersama adiknya Erni Erinawati (kanan) berbincang dengan peguam mereka, semalam.

Ada “kamera tersorok”

SHAH ALAM: “Wei, aku tak percaya Kamal masuk bilik aku…,pergi kat bilik air, kau check (periksa) ada kamera tersorok tak?” itu antara kata-kata terakhir Datuk Sosilawati Lawiya menerusi perbualan telefon dengan rakannya, Habishah Bahari, kurang sejam sebelum jutawan kosmetik dan tiga individu lain dibunuh di Banting, dekat sini, tahun lalu.

Sosilawati dikatakan menghubungi Habishah dan memberitahu dia mengesyaki Kamal atau Kamaruddin Shamsuddin yang berkhidmat sebagai pemandu peribadinya berbuat demikian menerusi perbualan telefon pada 7.30 malam pada 30 Ogos tahun lalu sebelum panggilan itu terputus.
Ketika itu, Habishah berbuka puasa.

Ini antara keterangan yang akan dikemukakan pihak pendakwaan ketika membacakan ucapan pembukaan dalam perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, Kamaruddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang bermula di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, berkata pihaknya juga mengemukakan keterangan Habishah bahawa Sosilawati ke Banting antara 9 September dan 30 Ogos tahun lalu untuk menukar dua cek berhubung urusan jual beli tanah di Batu Feringghi, Pulau Pinang dengan peguam bernama Pathma. Kandungan penuh SMS dan butiran panggilan yang terjadi sebelum semua mangsa dilaporkan hilang sehingga mereka didakwa dibunuh di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu akan terungkai sepanjang prosiding yang ditetapkan selama tiga bulan ini.
Terdahulu katanya, pihak pendakwaan akan menampilkan 76 saksi yang akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan tertuduh melakukan kesalahan bunuh pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan termasuk anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26.

 Menurutnya, Sosilawati ada menghubungi Erni Dekritawati Yuliana pada malam kejadian, tetapi panggilan itu tidak dijawab anaknya kerana tidak perasan.

“Pada jam 8.40 malam, Sosilawati menghubungi Erni Dekritawati Yuliana, tetapi dia tidak perasan dan Erni Dekritawati juga menerima mesej ‘Jangan bagi Kamal masuk rumah jika datang…hubungi Bisah. Dia (Kamal) ambil gambar mak.’

“Erni Dekritawati Yuliana juga akan memberi keterangan berhubung urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dan menukar tarikh cek bagi mempercepatkan tarikh,” katanya.
Selain itu katanya, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangit bahawa dia menerima panggilan telefon daripada suami menyatakan tidak akan pulang selama tiga hari kerana mahu menolong masalah Sosilawati yang diugut Kamaruddin berhubung ‘gambar’.
Beliau berkata, Suzana menerima panggilan itu pada jam 8.15 malam, 30 Ogos tahun lalu selepas Noorhisham mengikut Sosilawati ke Banting bersama dengan Kamaruddin dan Ahmad Kamil.
Ishak berkata, isteri Ahmad Kamil, Sabrina Adnan juga akan memberi keterangan suaminya memaklumkan tidak dapat pulang selama tiga hari menerusi panggilan telefon pada jam 7.45 malam pada hari sama.
“Apabila ditanya mengapa tak balik, suaminya memberitahu orang kanan Sosilawati bernama Kamal mengugut hendak sebarkan gambar Sosilawati iaitu gambar tak elok. Suaminya juga memberitahu Sosilawati menangis dan dia beritahu hendak tolong Sosilawati,” katanya.

mmtr

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: