Kisah Benar: Kapal Solar Firaun Ditemui


PEKERJA Mesir mengeluarkan satu bongkah batu daripada kawasan yang dipercayai tempat kapal solar Raja Khufu ditanam.

Bawa Raja Khufu ke ‘alam abadi’

KAHERAH: Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.

Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.

Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian sejak 2007.

Menteri Negeri Bagi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass hadir pada upacara pemindahan itu dan memberitahu wartawan, kerja pemuliharaan ‘kapal solar paling tua di dunia’ akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum ia boleh dipamerkan kepada pelawat.

Raja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi.

Pemindahan blok batu yang membawa kepada penemuan kapal Firaun Khufu dibuat di dalam sebuah bangsal besar yang dibina untuk melindungi kapal itu. Blok batu pertama diangkat Rabu lalu sebagai ujian sebelum tempatnya digantikan dengan blok kayu.
Kapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza.

Kapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982, berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13 tahun. Selepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan.

Kedua-dua kapal dibuat daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir. Hawass berkata, keadaan kapal terbaru ini lebih baik daripada yang dijangka.

“Pada mulanya saya berasa bimbang melihat kayu kapal itu. Bagaimanapun, saya yakin kita dapat melihat sebuah lagi kapal Firaun dalam tempoh empat tahun, apabila ia dibaik pulih,” katanya.

Agensi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: