Anwar Ulangi Pendirian Sertai Himpunan Bersih


Umno cuba mengalih pandangan daripada isu ‘penipuan sistem pilihan raya bersih’ dan mengaitkan soal pemberontakan terhadap Yang Dipertuan Agong.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

“Saya akan ikut serta dalam perhimpunan nanti…..,” katanya ringkas selepas menyampaikan ucapannya dalam “Wacana Ekonomi ‘Integriti Penjawat Awam” di Dewan Hamzah disini hari ini.

Perhimpunan Bersih yang mendapat pelbagai tentangan parti politik lain sehingga berlakunya beberapa tangkapan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebelum ini diadakan serentak dengan himpunan Pemuda Umno dan Perkasa yang dirancang pada hari yang sama.

Menurut Anwar, Umno cuba mengalih pandangan daripada isu ‘penipuan sistem pilihan raya bersih’ dan mengaitkan soal pemberontakan terhadap Yang Dipertuan Agong.

Beliau berkata selain daripada isu itu, Umno mahupun kerajaan menggunakan alasan perhimpunan Bersih untuk menangkap pemimpin Pakatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ops Lalang?

“Sama ada perhimpunan ini akan menyamai Ops Lalang itu bukan perkara utama tetapi Umno tak jawab isu iaitu penipuan sistem pilihan raya. Maka mereka kaitkan perhimpunan Bersih ini dengan komunis, pemberontakan terhadap Agong dan timbul pula isu kristian membiayai perhimpunan ini.

“Kami minta izin dan laluan agar perhimpunan ini aman tapi kerajaan guna alasan Bersih untuk tangkap dan dera orang seperti yang berlaku kepada pimpinan PSM.

“Mereka reka alasan untuk tekan kebebasan,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada perhimpunan Bersih akan menyamai Ops Lalang yang berlaku pada 1987.

Menurut Anwar, jaminan diberi oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bahawa perhimpunan itu akan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Malah objektif utama Bersih agar pilihan raya adil dan bersih dijalankan akan tercapai dengan memorandum itu diserah dengan selamat kepada Agong.

“Penyerahan memo akan memberi kesan kepada tuntutan Bersih. Kita perlu bekerja keras untuk monitor pilihan raya diadakan secara bersih pada semua peringkat,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pemimpin gagal tunjuk contoh baik

Ditanya mengenai perbelanjaan penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya yang mencecah RM48 juta, Anwar menyifatkan pemimpin gagal menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

Ujar Anwar, ketika rakyat sedang menghadapi tekanan ekonomi, pemimpin gagal mengambil sikap bersederhana.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang dan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof mengemukakan soalan mengenai kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya.

Mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Kota Raja dan juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Dr Siti Mariah Mahmud berkata, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi kerja penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

“Sebanyak RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air,” katanya.

FMT

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: