Ahli PAS Selamatkan Penyokong PSM


Tragedi di balai polis Kepala Batas

Kira-kira 40 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ‘berkhemah’ di luar balai polis Kepala Batas malam semalam diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali tetapi mendakwa diri mereka sebagai penduduk kampung di sekitar kawasan itu.

NONEPenyokong parti PSM itu termasuk ahli keluarga mangsa yang ditahan reman selama tujuh hari atas dakwaan cuba mencetuskan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka berkumpul seawal jam 11.30 pagi semalam tetapi dinafikan hak untuk melawat oleh polis.

Antara yang ditangkap itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 27 aktivis lain.

Semua mereka dicekup di pondok tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang Ahad lalu bagi menghadiri sebuah majlios yang bertema “Udahlah…Bersaralah” yang dianjurkan parti itu.

Mereka dikenakan perintah tahan reman sehingga 2 Julai ini tetapi peguam tahanan itu cuba membuat semakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini pada jam 2.30 petang.

“Penduduk kampung” yang dianggarkan kira-kira 100 orang itu muncul pada jam 9 malam dan menuntut penyokong PSM supaya segera meninggalkan kawasan itu kerana tidak mahu melihat sebarang ‘huru-hara’.

Kumpulan itu menafikan mereka terbabit dengan sebarang parti politik tetapi enggan mendedahkan siapa pemimpin mereka.

Mereka datang dengan menaiki kereta dan motorsikal tetapi berjaya disuraikan oleh kira-kira 50 anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.

NONEPada satu ketika, apabial ketegangan memuncak, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu V Selvam terpaksa mendapatkan perlindungan daripada polis.

Selvam kemudiannya mempersalahkan polis kerana ‘memaksa’ kumpulan PSM itu berkumpul secara tidak sah.

“Mereka tidak benarkan kita masuk balai polis dan minta kita tunggu di jalan raya di luar balai,” katanya kepada Malaysiakini.

“Ada kawasan letak kereta yang luas di luar balai polis tetapi mereka juga tidak benarkan kita tunggu di sana, jadi kita terpaksa berkumpul di tepi jalan,” katanya.

Arutchelvan pula mendakwa kumpulan penunjuk perasaan itu cuba menghasut penyokong partinya supaya bergaduh.

Dakwanya penganjur penunjuk perasaan besar kemungkinan mahu melihat pergaduhan tercetus.

NONE“Kita tidak mahu diheret dengan isu lain sebab itu kita berundur,” katanya sambil menambah perkara itu akan diadukan kepada ketua polis Pulau Pinang hari ini.

Keluarga mangsa tahanan kemudiannya diiringi oleh beberapa anggota PAS yang membawa mereka ke kampung tersebut untuk bermalam dan dilindungi daripada kumpulan penunjuk perasaan itu.

Sementara itu, seorang anggota PAS dari Kepala Batas Abu Muaz (kiri) berkata beliau mengenal-pasti penunjuk perasaan itu adalah ahli Umno kerana mereka tinggal di kawasan yang sama.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Anonymous  On June 30, 2011 at 1:00 am

    orang2 pas jilat lagi le jubor kapio2 tu….bior deme besor kepala!!! bila kedai2 melayu & kampung2 melayu di ranap kemana hamPAS2 ni? ada ke kapio2 ni dtg membela melayu? jgn jadi barua yg bodoh wahai puak2 munafik!!! ALLAH kamu mainkan, bangsa kamu mainkan sekarang ni negara ISLAM pun kamu mainkan…astaghafirullah hal azim… tunggu tentera2 ALLAH akan menghancurkan puak2 munafik kamu ni… hanya dgn KUN FA YA KUN maka akan hancurlah kamu!

    • abu shahid  On June 30, 2011 at 2:32 am

      Amin ya Rabb..hancurkanlah Umno dan sekutu mereka dibumimu yang bertuah dan makmur ini.

  • Anonymous  On July 9, 2011 at 9:36 pm

    ya,allah lindungi lah negara ini dari kebinasaan,

  • Anonymous  On July 17, 2011 at 10:23 am

    gimik politik semata2..klu bkn sbb kepentingan diri sndiri..Islam ada dlm HATI..bukan dalam PARTI…

    • abu shahid  On July 17, 2011 at 10:30 am

      Sebab islam ada dalam hatilah pemuda itu menunjukan sifat persaudaraan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: