HOT: Benarkah RM1 juta untuk Johari Eskay dah Makan Habis?


Mana perginya duit 1juta untuk Johari Abdul?

Eskay dah balun habis ke? atau eskay dah tak ada modal lagi untuk menyerang bosan dan muak rakyat pada video rekaannya.

Sekadar nak buat cerita ,siapa pun boleh buat.Lebih baik eskay buktikan Johari ada meminta wang 1 juta itu.

Tunjuk bukti saya minta RM 1juta,Johari cabar Trio 3 boroi

Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta ‘ganjaran’ RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu (gambar) memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.

“Buktikan saya mengambil duit, di akaun bank yang mana? Adakah ia (dibayar) secara tunai atau cek? Saya tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak itu di rumah.

“Saya tidak pernah menerima apa-apa atau saya pernah ditawar untuk meninggalkan parti untuk bayaran… saya tidak memerlukan wang,” kata Johari kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, trio Datuk T boleh mengatakan apa yang mereka mahukan.

“Tidak sesiapa pun yang boleh memberi keterangan apa yang saya kata di bilik (hotel) pada hari itu… saya tidak mahu membuang masa (dengan mereka,” kata Johari lagi.

Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.

Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar.

Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger “Papagomo” papagomo,com hari ini mendakwa sebaliknya.

Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan.

Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu.

Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen.

Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T.

Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan.

“Sudah pasti saya mesra dengan mereka. Saya kena mereka secara peribadi. Shuaib pak cik saya, Rahim bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan Eskay dari Sungai Petani… saya tidak tahu pada hari itu mereka hendak menunjukkan video seks kepada saya.

“Saya menghormati pak cik saya, meskipun saya tidak setuju dengan apa yang dia lakukan. Jika saya bertemu Shuaib lagi, saya cium tangan dia, dia lebih tua daripada saya,” kata pemimpin PKR ini.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: