Wardina ‘Spanar Jaya’ Pulak Selebriti Terbaru Sokong PR?


Betuk ke artis dan selebriti terbaru selepas Bob Lokman

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, pengacara terkenal di TV3 menambahkan lagi senarai selebriti yang menyertai atau menunjukkan sokongan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat.

Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia.
Parti-parti pembangkang dan Barisan Nasional kini dilihat berlumba-lumba untuk menarik selebriti menyertai parti mereka secara terbuka untuk membina imej popular dan menarik pengundi.
Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit.
Perkembangan melibatkan Wardina ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sedia diketahui mempunyai pandangan-pandangan politik yang jelas dan mempunyai hubungan rapat dengan individu-individu dari PKR.
Wardina telah disebut-sebut bakal menyertai parti pembangkang secara terbuka bersama beberapa orang lagi selebriti, termasuk bekas peserta program realiti.
Wardina telah menunjukkan kecenderungan politiknya melalui mesej-mesej di Facebook dan Twitter sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan lalu, walaupun mengacarai sebuah rancangan popular di stesen televisyen paling pro-Umno, TV3.
Beberapa bulan lalu, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau dispekulasi akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita itu.
Wardina baru-baru ini muncul dalam program kerajaan negeri Selangor, yang dikaitkan sesetengah pihak sebagai program mempromosi perhimpunan Bersih kedua 9 Julai nanti.
https://abushahid.files.wordpress.com/2011/06/wardina3.jpg?w=300
Beberapa blog pro-Umno telah mula menerbitkan tulisan-tulisan berbentuk serangan peribadi terhadap beliau melibatkan gaya hidupnya sebelum bertudung dan pada masa sama menggesa Media Prima mengambil tindakan terhadap pengacara itu.
Bob turut menerima nasib yang sama apabila beberapa kenyataannya dilihat sebagai penghinaan kepada dunia hiburan tempatan dan dikecam di ruangan seni akhbar tempatan, terutama halaman hiburan Mingguan Malaysia.
Sesetengah blog pro-Umno ketika Bob baru menyertai PAS secara terbuka cuba membalas dengan memperbesarkan laporan pelakon dan pengacara AC Mizal bersama Umno. AC walau bagaimanapun berdepan imej agak negatif berhubung beberapa isu termasuk perniagaannya.
Perkembangan ini bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik.
p.s: boleh percaya ke?
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Anonymous  On June 30, 2011 at 6:37 pm

    bodoh… byk lagi artis popular pro kat BN tak lah kecoh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: