Depa Panggil Zakiah Anas ‘Wanita Pistol’


Selama 20 tahun kiah dalam bidang penyiaran

PENGLIBATAN selama 20 tahun dalam bidang penyiaran banyak mematangkan Zakiah Anas, 45, untuk bergelar seorang personaliti televisyen yang berjaya. Bukan calang-calang orang, wanita ini juga begitu komited dengan kerjayanya sehingga namanya begitu sinonim dengan TV3.

Wanita kelahiran Bagan Serai, Perak ini pernah menjadi pembaca berita Buletin Utama sebelum meluaskan destinasi pengacaraannya menerusi rancangan 999, Bersamamudan yang terbaru, 360.

Malah, disebabkan wajahnya sering ditonton dalam program bercorak jenayah, ramai yang menggelar dirinya sebagai “wanita pistol”. Gelaran itu memperlihatkan dia sebenarnya berjaya dengan program tersebut.

Sebalik nama dan populariti yang ditempa itu, mungkin ada yang tidak tahu tentang sisi lain kehidupan ibu kepada tiga orang anak ini.

Bunyinya agak pelik, tetapi hakikatnya persekitaran boleh mempengaruhi perasaan Zakiah. Waktu senja memberikan gambaran buruk kepada dirinya. Menjelang senja, dia akan menjadi sedih dan suram.

“Saya tidak boleh bersendirian apabila waktu senja kerana hati saya akan menjadi sedih. Jadi, saya akan pastikan bersama-sama anak atau teman rapat pada waktu itu agar perasaan saya tidak sayu.

“Saya tidak tahu kenapa ia berlaku dalam diri saya, tetapi perasaan itu datang secara semula jadi,” katanya kepada OopStarz!.

Sejak tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sejak dua tahun lalu, Zakiah akui lebih selesa hidup bersendirian dan hanya ditemani anak serta rakan terdekat.

“Saya suka menyendiri dan tidak menunggu sesiapa. Sekarang ini, saya sedang melalui proses penceraian dengan suami di mahkamah,” ujarnya menjelaskan tentang statusnya sekarang.

Pada Rabu lalu, dia melantik seorang peguam syarie untuk mewakilinya dalam jawatan kuasa hakam (penimbang tara) bagi mencari jalan penyelesaian masalah perkahwinannya.

Pelantikan hakam itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada prosiding yang dijalankan secara tertutup dan laporan hakam itu akan dibentangkan pada 25 Julai ini.

Tidak hanya menumpukan kepada karier penyiaran, wanita cantik ini turut berjinak-jinak menjadi usahawan produk kecantikan. Dia akan menghasilkan krim pelangsingan badan dalam masa terdekat ini.

Foto LOW LAY PHON

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: