Gempar: ISA dan Tentera Akan Digunakan Menghalang BERSIH 2.0?


Perlukah penunjuk perasaan dihalang dari berhimpun menggunakan kekuatan ISA dan Tentera?

Apa salah pendemo Bersih itu, perlembagaan Malaysia membenarkan hak rakyat untuk berhimpun.Nampaknya tahap ketakutan umno/Bn kepada kebangkitan rakyat sudah sampai kekemuncak.

Demonstran Bersih hanya menuntut satu perjalanan pilihanraya yang bersih sahaja,bukannya akan membuat kacau bilau dalam negara.

Adakah kacau bilau itu Umno/Bn sendiri sedang merancangkannya?

Walau apa pun langkah pencegahan yang akan digunakan penganalisa politik berpendapat kini pengaruh Umno/bn sudah diambang kepupusan.

KDN akan gunakan ISA dan tentera,jika situasi tidak terkawal

Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjelang Himpunan Bersih 2.0 tetapi berkata Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan undang-undang keselamatan yang lain buat masa sekarang.

Menteri Dalam Negeri juga berkata tentera kemungkinan akan dikerah jika keadaan tidak terkawal pada 9 Julai.

Awal hari ini polis Pulau Pinang berkata akan mendapatkan perintah reman untuk menyiasat 30 aktivis Bersih 2.0 dari Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.(tuduhan jahat terkini)

Bersih 2.0 membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno pula mahu mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0.

Hishammuddin  yang juga Naib Presiden Umno berkata tindakan akan diambil ke atas sesiapa saja yang mencetuskan huru-hara pada 9 Julai.

Katanya pihak polis akan bertindak berkecuali dalam isu semasa ini.

“Jika ada huru-hara, saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tindakan yang sesuai diambil mengikut undang-undang untuk mengawal keadaan.

“ISA tidak perlu (digunakan) tetapi boleh digunakan, tetapi untuk menggunakan ISA mesti ada sebab-sebab, benar-benar mengancam keselamatan,” kata beliau selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Hulu Selangor di sini petang ini.

Katanya, akta itu hanya akan digunakan dalam situasi ekstrem, misalnya ke atas kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

“Tetapi jika kita mengambil tindakan dalam konteks yang dikaitkan dengan politik, ia boleh dieksploitasikan.

“(Buat masa sekarang) undang-undang lain boleh digunakan. Kita belum sampai ke tahap itu, kami akan memantau situasi itu terlebih dahulu,” katanya lagi.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • maie58  On June 26, 2011 at 10:41 pm

    hisham rau rau,kuasa mu bukan kekal selamanya,guna akal yang waras sebelum bertindak…cuba lihat sejenak apa yang BERSIH mintak demi malaysia yang bertamaddun….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: