Ostad Harun Buat Ganda Wang Pulak


Ustaz Harun perkenal skim baru

Selepas menyedari pelabur sedia ada mula mengesyaki ada penipuan dalam perniagaan syarikatnya, Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) tampil memperkenalkan pelaburan baru dikenali sebagai ‘program ganda wang’.

Difahamkan, masih menggunakan modus operandi serupa dengan memperjuangkan perniagaan berasaskan Islam, Ustaz Harun menawarkan nilai pelaburan minimum sebanyak RM1,000 sebagai pengenalan bagi menarik pelabur baru yang tidak menyedari mereka adalah mangsa seterusnya.
Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad Rafiq, 27, berkata, melalui program ganda wang yang diperkenalkan Ustaz Harun dan konco-konconya itu, setiap pelabur tidak perlu bimbang dengan bayaran itu kerana ia dikatakan akan ‘beranak’ menjadi jutaan ringgit. “Saya mula diperkenalkan dengan program berkenaan awal tahun lalu melalui program ganda wang yang kononnya tiada kaitan dengan pelaburan atau skim cepat kaya, namun ia bertujuan membantu golongan muda menjana pendapatan.

“Kali ini, mangsa ustaz terbabit adalah di kalangan belia dan pelajar yang ‘dahagakan’ wang ringgit untuk berdepan dengan taraf hidup yang semakin tinggi,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, ketika dipelawa menghadiri majlis taklimat, dia tidak menyangka program itu adalah serpihan skim pelaburan Kumpulan Dina Sdn Bhd yang sebelum itu berdepan dengan masalah pengambilan deposit secara haram.
Menurutnya, taklimat itu dijalankan di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam malah kegiatan program itu lebih banyak dijalankan di pusat peranginan terpilih yang hanya dihadiri kumpulan individu dipercayai orang kanan Ustaz Harun.

“Selepas membuat pendaftaran, pembayaran perlu dilakukan secara tunai kepada mereka tanpa sebarang dokumen perjanjian dan hanya sekeping resit dikeluarkan bagi mengesahkan kami ada membuat bayaran,” katanya.
Katanya, lebih mengecewakan apabila mereka yang mendaftar sebagai ahli juga terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi berhampiran yang datang selepas menerima risalah promosi berkenaan.

“Sedih apabila memikirkan sebahagian pelajar berkenaan sanggup melaburkan duit pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa universiti yang sepatutnya digunakan bagi menampung pengajian akhirnya lebur.
“Sehingga kini, masih ada di kalangan mereka yang setia menunggu pulangan yang dijanjikan termasuk menyertai forum mangsa dan pelabur Kumpulan Dina dengan harapan mendapat kembali wang modal mereka,” katanya yang kerugian RM30,000 termasuk 10 anggota keluarganya yang lain.

mmtr

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: