ASTROk Umumkan Juara Lawak Jun 2011


Diumumkan Juara Raja Lawak bagi bulan Jun 2011..

Setelah mendapat perkenan dari semua juri juri yang terlibat termasuk perkenan ketua juri Mat Tuya yang sehingga kini masih lagi enggan membuat sebarang komen berkenaan baju berwarna dari keturunan Raja Raja Melayu.

Oleh sebab penggunaan warna baju itu akan mendatangkan hasil positif bagi sekelian rakyat jelata, maka dengan ini diumumkan juara tersebut dapat kepada seperti gambar diatas..

Adapun rakyat jelata dinasihatkan jangan memakai baju Bersih kerana takut nanti company sabun akan untung banyak..

Mahfuz: Larang jual dan pakai baju Bersih jadi lawak jenaka

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahuz Omar menganggap tindakan polis yang menghalang penjualan t-shirt Bersih merupakan satu lagi lawak jenaka terbaru  kerajaan Malaysia.

Semalam, seorang ahli KEADILAN ditangkap polis dan diminta memberi kenyataan berhubung penjualan baju berkenaan.

“Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah?,” soal Mahfuz mengulas tindakan pihak berkuasa tersebut.

Menurut Mahfuz, polis sebenarnya melakukan provokasi dengan menggambarkan perhimpunan Pada 9 Julai ini sebagai ancaman kepada rakyat dan keselamatan negara.

“Begitu juga dengan sikap media arus perdana yang menggembar-gemburkan berita.

“Kemudian mereka mahu mengambil tindakan terhadap penjual t-shirt Bersih. Ini tak masuk akal,” katanya kepada Keadilandaily.

Sementara itu Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam berkata, beliau sendiri akan memakai T-shirt Bersih sebagai tanda sokongan kepada himpunan itu 9 Julai ini.

“Ancaman polis termasuk menakut-menakutkan dan tidak membenarkan orang ramai memakai baju kuning memang lucu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Kira-kira jam 10 malam tadi, seorang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Razali Abd Ghafar ditahan polis kerana menjual T-shirt Bersih ketika program ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Sungai Merab, Bangi.

Beliau dibawa oleh dua orang polis ke Balai Polis Abu Bakar Baginda, namun dilepaskan tidak berapa lama kemudian.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Razali memaklumkan bahawa polis hanya mengambil keterangan dengan bertanyakan maklumat mengenai pencetak dan pengedar baju diperolehi.

Kd

p.s: gambo dari blog Pak Bakaq penarik beca

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: