Gempar: Khalwat Ramai Ramai Kena Cekup


12 pasangan khalwat termasuk warga tempatan ditangkap

MAHANG – Seramai 12 dicekup dan dua daripadanya merupakan rakyat tempatan dalam satu serbuan yang dijalankan Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) kerana bersekedudukan di sebuah rumah di Estet Ladang Sungai Dingin kira-kira jam 12.50 pagi, kelmarin.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, penduduk kampung di sekitar lokasi kejadian sudah lama membuat pemantauan sebelum memaklumkan perkara itu kepada PADK untuk diambil tindakan.

Menurutnya, semua lelaki terlibat merupakan pekerja estet manakala pasangan wanita pekerja industri.

“PADK menerima maklumat dan pergi ke lokasi bersama enam penguat kuasa membuat pemantauan. Setelah mengesahkan bahawa terdapat beberapa pasangan dalam rumah, PADK mengambil tindakan mengepung rumah itu. PADK kemudiannya memperkenalkan diri dan meminta kebenaran membuat pemeriksaan.

“PADK menemui lima lelaki dan lima wanita warga Indonesia serta sepasangan kekasih warga tempatan berada dalam rumah itu. Ada di antaranya berada dalam bilik bersama pasangan masing-masing. Dari siasatan dijalankan PADK mendapati ke semua yang berada dalam rumah tidak mempunyai hubungan mahram, ” katanya.

Menurutnya, semua pasangan yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Pasangan lelaki ditahan di lokap Balai Polis Kulim manakala pasangan wanita ditahan di Balai Polis Lunas.

“PADK kemudiannya membebaskan ke semua terlibat dengan ikat jamin dan mengarahkan mereka untuk hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk dibicarakan.

“Sekiranya ingkar berbuat demikian, PADK akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka terlibat, “ katanya.

Azmi meminta kerjasama orang ramai untuk terus memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat kepada PADK sekiranya ternampak sebarang perlakuan maksiat.

“Sehingga kini PADK membuat rondaan pencegahan maksiat setiap malam untuk memastikan Kulim bebas dari sebarang perlakuan mungkar, “ katanya.

Sh

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • ben  On June 23, 2011 at 8:07 am

    depa mai pun ikut jalan tikuih,permit tak dak,paspot tak dak,apa bala yellow pun tak dak…habis tu gempaq pula nak keluar waran tangkap kalau tak turun court??..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: