Lesbian: Menentang Tabie dan Hukum Karma


COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.

sekadar renungan…

Allah mencipta makhluk berpasang- pasangan. Manusia berpasangan lelaki dengan perempuan. Pokok kayu ada debunga jantan dan betinanya. Binatang pun demikian juga ada jantan dan betinanya, hatta udara dan gas pun ada pasangannya, elektron dan neutron dan sebagainya. Selain daripada itu banyak lagi makhluk yang belum kita ketahui hakikatnya. Inilah dia sunnah Allah serta tanda Kekuasaan dan KebesaranNya.

MAFHUM FIRMAN ALLAH : Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yassin:36)
berdasarkan pada ayat di atas kita faham bahawa banyak lagi jenis makhluk yang kita tidak tahu hakikat keadaannya, dan ianya juga mempunyai pasangan yang tertentu. Sekadar yang dapat kita lihat dan ketahui, memanglah makhluk yang berjisim kasar ini dijadikan berpasang – pasangan.
Tentu ada falsafah dan hikmahnya kejadian Allah yang ajaib ini. Antaranya ialah menunjukkan Kebesaran,Kekuasaan dan Keindahan ciptaan Allah. jika semua bumi berbukit sahaja tentulah tidak indah. perlu ada lembah, sungai, laut, padang pasir dan padang rumput, hutan belantara dan sebagainya. dengan demikian barulah indah bumi ini.
Jika Manusia itu lelaki sahaja atau perempuan sahaja, tentulah sunyi dan jemu serta tidak bercambah keturunan manusia. Oleh kerana Sunnatullah menetapkan pembaikan keturunan manusia melalui perkahwinan, maka diciptakan lelaki dan perempuan begitu juga dengan binatang.
Perwatakan yang dianugerahkan kepada manusia lelaki dan perempuan itu juga dengan sendirinya mengindahkan lagi fungsi kejadian itu. Walaupun manusia dijadikan acuan yang sama, tetapi perwatakan lelaki lebih gagah, tampan, kuat dan garang dan ini sesuai baginya untuk menjadi ketua keluarga dan pelindung pada anak dan isterinya.
Perempuan pula mempunyai sifat yang lemah lembut , cantik menawan, rindu dan kasih kepada lelaki, inginkan perlindungan untuk menjamin kelemahan dan kecantikannya tidak terancam
.

Perkahwinan pasangan pertama lesbian di Nepal

KATMANDU – Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.

Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.

Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.

Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.

Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang.

AP

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: