1UMporNO: Padah Apabila Selalu Tengok Video Seks Papagomo


Ketua Puteri Umno Bahagian Jerlun dituduh khalwat

Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.


Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.

Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing-masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.

* imej dari blog ABU NAWAS

Video sila lihat di SINI

terkini..

Ketua Puteri UMNO Jerlun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam atas tuduhan berkhalwat dengan Setiausaha UMNO bahagian itu, Jasmi Muhd Ismail, 47, di Taman Tunku Sarina di sini, bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, Yusmawati Yaacob, 31, didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung dan bersembunyi bersama Jasmi, di rumahnya di Lot 807 Jalan Liana 5, Taman Tunku Sarina di sini, jam 1.20 pagi pada 11 Mei lalu.

Bagi pertuduhan itu, Yusmawati didakwa mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala Jasmi di dakwa mengikut Seksyen 9 (1) enakmen sama kerana berkhalwat.

Yusmawati berbaju kurung putih dan tudung berbunga merah manakala Jasmi berkemeja putih berserta seluar berwarna gelap kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Shukri Zakaria, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Bernama

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Anonymous  On June 22, 2011 at 11:32 am

    betul..muka buruk perangai pun buruk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: