PAS Kedah Gugurkan Naib Presiden Pas dan Taib Azamuddin


Mahfuz dan ustaz Taib Azamuddin digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya 2 dan 3

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuddin Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam Ahad.

Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tempat mereka masing-masing digantikan oleh Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Md Isa Shafie.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya negeri turut berubah.

Jawatan-jawatan itu diisi oleh Pegawai Khas (Penerangan) Menteri Besar, Musoddak Ahmad; Exco Pertanian, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain.

Musoddak mengambil alih jawatan Setiausaha PAS negeri daripada Senator Yusuf yang dilantik Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah manakala Ir Amiruddin dilantik bendahari menggantikan Exco Agama dan Pelajaran, Datuk Taulan Mat Rasul.

Azizan berkata jawatan ketua penerangan PAS Kedah yang sebelum ini disandang Ir Amiruddin diserahkan kepada Setiausaha Politik beliau, Mohamad Sanusi Md Nor manakala penolong setiausaha diisi wakil Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kedah, Aizat Zakaria.

“Perubahan ini dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 supaya sesuai dengan perubahan peringkat PAS Pusat dalam muktamarnya awal bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon hari ini.

Beliau berkata Ahmad Yahya dikekalkan sebagai ketua Dewan Pemuda manakala exco kebajikan dan pembangunan Wanita, Siti Aishah Ghazali (ketua Dewan Muslimat) dan Sheikh Mohamad Abdullah (ketua Dewan Ulama).

Bagaimanapun pemimpin yang digugurkan daripada senarai jawatankuasa kepimpinan baru parti secara automatik tersenarai sebagai anggota jawatankuasa (AJK) Dewan Harian PAS Kedah, kata Azizan.

Bernama

Nota: Amiruddin Hamzah ‘menang tanpa bertanding’ kerana jawatan Timbalan Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah tidak dipertandingkan.

Sanusi Md Noor kalah pertandingan jawatan Timbalan Dipertua Pas Kawasan Sik.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: