Khalid Samad Ulangi ‘takkan makan karipap pun rahsia parti’


Khalid Samad jelaskan sememangnya parti perlu kepada wala’, tetapi biarlah bertempat

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad menyelar pihak yang mendakwanya mendedahkan rahsia parti dengan menceritakan perjalanan mesyuarat yang membincangkan pelantikan pesuruhjaya PAS Selangor.

Katanya, beliau mengambil tindakan itu untuk menzahirkan proses dan sikap semasa bermesyuarat, termasuk keterbukaan pemimpin tertinggi PAS, supaya dicontohi semua peringkat.

“Janganlah menganggap cara kepimpinan Islam adalah aladiktator atas alasan wala (kesetiaan) yang tidak dapat difahami maksud yang sebenar; atau di atas alasan‘sami’na wa ata’na’ (kami dengar dan kami taat) yang sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu perbincangan dan syura,” katanya.

Secara sinis, Khalid bertanya, sekiranya beliau bercerita tentang makanan dan minuman semasa mesyuarat pun dikira rahsia parti.

“Kalau saya menceritakan kepada seseorang, ‘semasa mesyuarat tadi saya minum kopi bersama dua ketul karipap, adakah itu menjadi rahsia parti?” soalnya.

Pada 14 Jun lalu, Khalid mendedahkan cadangan menggugurkan exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dibuat oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan dan tiga naib presidennya sendiri.

pas muktamar voting 030611Menurutnya, mesyuarat pertama pada petang 12 Jun lalu hanya membincangkan cadangan kesemua pemimpin utamanya yang dibuat pada pagi hari yang sama.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid menyuarakan kehairanannya dengan sikap sebegitu kerana pihak terbabit “membaca tetapi tidak dapat memahami”.

“Seolah-olah pemikiran dan hati mereka telah diselubungi kegelapan atau kebencian sehinggakan tidak dapat melihat pengajaran yang terkandung disebalik tulisan saya itu.

“Bagaimanapun, majoriti yang membaca kisah yang dipaparkan, jelas dapat melihat bagaimana proses perbincangan dan syura yang diamalkan dalam PAS,” katanya.

Khalid juga menjelaskan tulisannya sebelum ini menjelaskan perbincangan itu dibincang secara tertib dan terbuka dan tiada cantas mencantas dan suasana berpuak-puak.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: