Zami Ismail (Pak Uda) Meninggal Dunia


Al Fatihah

Pak Uda meninggal di IJN

Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem “Mak Som”.

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

niezam abdullah

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • abubakar  On June 20, 2011 at 10:23 pm

    Zami pernah menyerikan dunia lawak… ketika itu saya dan kelurga benar-benar dihiburkan dgn keletah baju butang tak betul… sampaikan kami mengutuk sesiapa yg tak pandai butang baju…. ngok macam PAK UDA… iyalah sekadar gurauan keluarga… PAK UDA telah tiada pergi bertemu ALLAH… setiap rasa kelakar hingga tak kering gusi yg pernah PAK UDA hadiah pada kami sekeluarga satu ketika dulu adalah rahmat semuga keriangan seluruh rakyat MALAYSIA dari keletah PAK UDA yg bersahaja menjadikan ARWAH tenang dan bahgia dialam BARZAH…. itu doa saya untuk PAK ZAMI ISMAIL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: