Cantiknya Erra Fazira Bertudung



ERRA (kanan) menurunkan tanda tangan sambil disaksikan Suhaimi (kiri) dan Pengurus Cawangan Desa Murni Batik Kuala Terengganu, Fatimah Fathiyyas Ismail pada perasmian di Jalan Kuala Berang, Kampung Pengadang Baru, semalam.

Erra dipusat batik MIFFA

Syarikat Bumiputera terbesar dalam industri pencetakan batik digital, Desa Murni Batik Sdn Bhd, cawangan Pengadang Baru di sini, sesak selepas orang ramai menyerbu untuk menyaksikan dengan lebih dekat dutanya, Erra Fazira, kelmarin.

Terbukti, kehadiran aktres tinggi lampai ke pusat jualan batik itu untuk merasmikan pembukaan galeri baru batik digital buatan Terengganu disambut meriah hampir 500 pengunjungnya.

Pengarah Urusannya, Suhaimi Embong, berkata pada tahun ini, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak RM15 juta berbanding RM11 juta tahun lalu dan yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap produk dihasilkan termasuk yang terbaru sempena pembukaan galeri baru.

“Pembukaan galeri batik dan tudung MIFFA pelbagai saiz bermula dari S hingga XL hasil rekaan 35 pereka anak tempatan diketuai seorang pereka dari Milan, Itali.

“Dengan tema 1Tudung 1Batik 1Rekaan, semua tudung ini dijual pada harga RM99 hingga RM399, manakala rekaan batik digital pula dijual pada harga RM230 hingga RM450 menggunakan fabrik berkualiti dari Itali dengan corak eksklusif,” katanya selepas pembukaan galeri baru dan pelancaran tudung MIFFA oleh Erra Fazira.

Selain itu, Suhaimi berkata, pihaknya juga merancang membuka sembilan lagi cawangan baru tahun ini dan ketika ini enam cawangan sudah dibuka termasuk empat di Kuala Terengganu dan satu di Kuala Lumpur dan Kota Bharu, Kelantan yang dibuka semalam.
Beliau berkata, pihaknya turut mengintai peluang untuk membuka cawangan di Singapura dan Brunei serta beberapa negeri lagi berikutan sambutan menggalakkan di kalangan peminat batik.

“Kita juga merancang menghasilkan pakaian mandi muslimah iaitu idea Duta Tudung dan Batik Desa Murni, Erra Fazira sendiri memandangkan ia mempunyai pasaran luas di Asia Tengah, selewat-lewatnya tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Erra turut melahirkan rasa bangga kerana terpilih menjadi duta kepada pengeluar batik terulung di negara ini yang sudah bertapak sejak 1974.

faizul azlan

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • ibu  On June 19, 2011 at 11:51 am

    Permulaan yang bagus. Mudah2an dapat tingkatkan fahaman agama sikit demi sikitserta membuat perubahan & komitment thd Islam. Misalnya, bertudung, bertudung juga .. pakaian ketat & solekan tebal dikurangkan. Kalau berlakun tu pilih watak yg sesuai..seperti bukan watak isteri …

    Saranan ni bukan utk Erra aje, utk semua wanita Islam, termasuk anak2 & kaum kerabat ibu.

    dari ibu.

  • Teo  On June 27, 2011 at 11:28 pm

    Maaf bagi saya kalau tudung setakat ini yang di pakai Erra dan yang di pakai Permaisuri di majlis perkahwinan anak Princess Diana,ta sempurna dan mengikut syarak,setakat lepas batuk di tangga.

    Saya berkata dan lepaskan diri saya dari hukum fardhu kifayah. Kalau ada ulamak yang berani debatkan alhamdulilillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: