PAS Kelantan Haramkan Utusan Meloya


Ekoran karikatur yang menghina agama Islam

Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari, berkata keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

“Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, PAS melancarkan kempen ‘Boikot Utusan Malaysia’ kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur berkenaan.

Pada 15 Jun lalu, Utusan menyiarkan karikatur yang dilukis oleh Miki yang membuat dua perbandingan situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh “tok penghulu” kerana tidak mempunyai empat saksi.

Mangsa politik

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dialognya berbunyi “Bagus…Alat itu pun boleh jadi bukti!”

NONESementara itu, Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim hari ini membidas kerajaan PAS Kelantan kerana menjadikan media sebagai mangsa politik dengan mengharamkan Utusan membuat liputan pada majlis rasminya.

Timbalan Presidennya Mohd Harris Hazri Abdul Halim berkata tindakan itu tidak melambangkan PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi.

“Seharusnya PAS Kelantan lebih bersikap terbuka kerana rakyat perlu mengetahui hal pentadbiran kerajaan melalui akhbar Utusan. Perkara ini tidak wajar dipolitikkan dengan PAS menunjukkan kuasa mereka dan mengharamkan wartawan di Kelantan. Apa dosa mereka?,” katanya.

Mohd Harris berkata tindakan PAS tersebut adalah tidak adil bagi wakil Utusan di Kelantan yang tidak terbabit dengan penyiaran karikatur berkenaan.

“Ini bukan salah wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, mereka bukannya pelukis karikatur itu tetapi ianya dilakukan oleh ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur. Apakah rasional diharamkan mereka membuat liputan majlis kerajaan negeri,” katanya.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: