Kesian Pak Rais Kena Godam


Sepanjang tahun 2011 ini nama Pak Menteri Rais Yatim selalu orang sebutkan.Kali pertama dulu blogger Rocky’s bru godam pasal amah bernama robekngah.

Apasal Pak Rais nak kaitkan  Bersih 2.0 dengan penggodam pulak?

Pak Rais patut cari alasan lain ,ini bukan kerja Geng Bersih…Penggodam itu dalam amaran awal depa minta Malaysia berikan kebebasan penggunaan maklumat dalam internet saja, mana ada depa kata nak turun joint dengan Geng bersih pun.

Kira berhemah jugak geng penggodam tu kerana ada jugak bagi amaran depa nak serang laman web Kerajaan.

Laa ni kalu Geng Bersih saman Pak Rais pasal buat fitnah apa macam?

Rais percaya serangan godam laman web kaitan Himpunan Bersih 2.0

Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Rais  juga memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digoda.

Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais dipetik Bernama Online.

Tambah beliau, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.

“Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penggodam yang tidak bertanggungjawab itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana “marahkan nyamuk, kelambu dibakar.”

Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan.

Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius.

Menyentuh mengenai mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini, Rais berkata jemaah menteri telah membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan siber dan kes-kes yang dianggap sebagai berprofil tinggi seperti menghina agama Islam, hasutan terhadap kaum dan mencerca dan memperkecilkan Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dan lain-lain agensi kerajaan untuk bergabung tenaga agar dapat mengumpulkan bukti menerusi pengumpulan data untuk melakukan pendakwaan kelak.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Anonymous  On June 18, 2011 at 4:19 pm

    Brother , ninek rais, tak habis nak saman dan nak hukum org ? Ninek patut dah rehat dan beramal lebih sikit ??? Umno , sikit2 nak gertak org, sikit nak hukun org ? Car caeu jalan tak dapat , hukum sebagi penyelesaian, Mana upco yg di bayar juta juta tak guna kepakaran,,,,,,,,,?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: