Cina Berhidung Babi dalam Buku Kartun Najib


 Setiausaha akhbar PM memperlekeh kaum Cina di Malaysia

Sebuah buku kartun bertajuk ‘Transformasi Najib’ nukilan Akmar Hisham Mokhles merupakan bahan terbaru yang memperkecilkan masyarakat minoriti di Malaysia.

Kali ini masyarakat Cina menjadi sasaran. Watak anggota masyarakat Cina digambarkan sebagai bermata sepet dan berhidung babi.

“Watak Cina dalam buku ini sengaja digambarkan dengan hidung babi. Seseorang tidak sepatutnya sengaja melukis dengan sedemikian rupa sedangkan etnik lain di dalam buku karikatur ini tidak digambarkan sedemikian,” kata Helen Ang kepada FMT.

“Jika anda melihat bahan propaganda berbahasa Melayu dalam Internet, anda akan melihat gambaran masyarakat Cina yang berbaur perkauman ini,” tambah Helen yang juga seorang bekas wartawan yang berpengalaman.

Menurutnya, buku kartun ‘Transformasi Najib’ diedarkan kepada semua peserta yang menghadiri Persidangan Pemblog Malaysia – Rantau Asean pertama dalam bulan April tahun ini.

Buku setebal 109 halaman terbitan Qalif Umar Creative ini mengisahkan kisah hidup Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembaharuan sosio-ekonomi dan politik yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya.

Buku terbitan Qalif Umar Creative telah pun dicetak empat kali.

Carian di dalam Internet menunjukkan Akmar merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia yang kini bertugas sebagai setiausaha akhbar Najib.

Sementara itu, Helen turut mendakwa bahawa usaha memperkecilkan kaum minoriti ini bukan kes terasing.

“Ia merupakan sebahagian dari trend yang lebih besar,” katanya sambil merujuk kepada kes Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng

Suee Lim, yang digambarkan dengan hidung babi dalam laman blog pro-Umno, Sungai Rapat Online dan juga Namewee yang turut digambarkan dengan hidung babi oleh Perkasa tidak lama dahulu.

“Trend tersebut membimbangkan saya kerana ia merupakan satu percubaan untuk mendoktrinasi anak muda bahawa kaum minoriti hodoh dan orang asing, seperti mana yang dimuatkan dalam novel kontroversi Interlok edisi murid,” katanya ketika ditanya mengapa perkara baru ini diketengahkan kepada media.

FMT cuba menghubungi Akmar beberapa kali melalui telefon tetapi beliau  gagal dihubungi.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: