Bersih 9 Julai: Hishamuddin ‘Bergaduh’ dengan KJ Pulak


Lantak nkorang ler nak bergaduh ke apa ke..

Dah memang dasar puak dalam Umno ni,masa ni laa jugak nak cari kesempatan untuk promosi diri…(macamlah orang tak tahu).

BERSIH tetap turun 9 Julai sebagai protes untuk pilihanraya bersih.

Kata Abang Mat Sabu..Kita lawan sistem pilihanraya kotor bukan lawan Polis. Pemuda Umno dan Perkasa sila buat demo hari lain!

Pemuda Umno berhadapan tindakan jika teruskan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Jumaat berkata Pemuda Umno akan berdepan tindakan sekiranya mereka meneruskan cadangan untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada 9 Julai ini.

Hishammuddin yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata tiada sesiapapun yang melebihi undang-undang dan mereka perlu berhadapan dengan polis seperti orang lain.

“Nasihat saya adalah sama kepada setiap orang dan seperti yang saya nyatakan di Parlimen, polis melihatnya (perhimpunan) sebagai satu isu keselamatan.

“Saya berpendapat apabila menyentuh perkara itu ia tidak kira jika saya bekas Ketua Pemuda atau tidak. Pemuda perlu berdepan apa jua akibat atas tindakan mereka, seperti apa yang saya hadapi semasa menjadi Ketua Pemuda,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan delegasi Australia dan wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM) di sini.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa pergerakan itu juga akan mengadakan perhimpunan 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) juga menganjurkan perhimpunan pada hari yang sama.

Ketika ditanya sama ada pendirian Pemuda itu merupakan pendirian Umno, Hishammuddin berkata keputusan untuk menganjurkan perhimpunan itu merupakan keputusan jawatankuasa eksekutif.

Oleh itu, beliau berkata ia merupakan pendirian Pemuda dan bukan Umno secara keseluruhan.

Berhubung dakwaan dua wanita rakyat Singapura bahawa mereka diarah berbogel semasa ditahan pegawai Imigresen Johor awal minggu ini, Hishammuddin mengesahkan bahawa kedua-dua pegawai dari pusat tahanan itu telah digantung kerja.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih belum menerima laporan penuh mengenai insiden itu.

Di Tawau, Persatuan Pemilik/ Pemandu Teksi Rumpun Melayu (Persarum) Tawau membuat laporan polis bagi membantah cadangan perhimpinan Bersih.

Pengerusinya, Tamrin Eraba bersama kira-kira 10 anggota jawatankuasa persatuan itu, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau dekat sini pukul 2.54 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan, Timbalan Pengerusi Persarum, Jamaluddin Salasaddin berkata laporan itu dibuat bagi melahirkan kebimbangan berhubung implikasi perhimpunan itu kerana khuatir ia akan merebak ke seluruh negara termasuk ke Tawau dan menjejaskan imej negara.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: