Pelik tapi Benar: 1 israel Tiru 1Malaysia curi Enjin Jet F16


8 enjin F15 dan F16 kena curi

TEL AVIV: Polis tentera Israel semalam membuka siasatan terhadap kehilangan bahagian pesawat, kata jurucakap tanpa mengesahkan laporan media mengenai kecurian lapan enjin jet pejuang.

“Polis tentera membuka siasatan terhadap perkara itu,” katanya memberitahu AFP tanpa memberi sebarang maklumat atau mengesahkan laporan kecurian dari pangkalan udara Tel Nof dekat Tel Aviv.

Pegawai tentera udara yang dipetik akhbar Maariv berkata bahagian yang dicuri adalah lapan enjin dari jet pejuang F-15 dan F-16 dari pangkalan udara Tel Nof.

Mereka berkata ia tidak jelas bagaimana kecurian berlaku tetapi bahagian yang dicuri itu tidak lagi boleh digunakan dan kemungkinan dicuri kerana nilainya sebagai besi terpakai, kata akhbar itu.

Penyiasatan yang dipetik akhbar itu berkata setiap enjin dengan berat beberapa tan dan cara dibawa keluar hanyalah menggunakan trak yang besar dan mencetuskan spekulasi pencuri mendapat bantuan orang dalam pangkalan itu.

Pegawai tentera yang dipetik akhbar HaYom menjelaskan perbuatan itu sebagai sangat serius.

AFP

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: