Pemuda Umno Dah Start Tiru Mat Sabu


Pemuda Umno/BN sudah hilang keyakinan kepada media arus perdana.

Beberapa rancangan dan liputan berita putar belit sudah menemui jalan buntu!

Rakyat sudah sedar liputan berita berat sebelah umpama mencurah air didaun keladi sahaja,tambah perit lagi apabila beberapa akhbar milik Umno sudah mengalami kekurangan pembaca.

Kalau dulunya Pas yang sudah terkenal dengan majlis ceramah penerangan untuk memberitahu kepada rakyat sering dicemuh oleh suku sakat Umno/BN sebagai macam macam perkataan.

Nah ! sekarang pemuda Umno pulak yang ingin ikut jejak langkah Mat Sabu memberitahu rakyat dari Perlis sampailah ke Sabah.

Adakah jumlah kerusi akan lebih dari kehadiran pendengar untuk ceramah pemuda Umno?

Pemuda BN akan buat ceramah,media perdana sudah gagal

Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.

Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin  Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.

Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.

Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13,  ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.

Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.

Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).

Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat  9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.

Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.

Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.

“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.

“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: