Siapakah Anonymous Ancam Godam Laman WEB Kerajaan Khamis ini?


Satu kumpulan akan menyerang laman web kerajaan malaysia khamis ini

PETALING JAYA, 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah “Operation Malaysia” awal Khamis ini.

Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).

Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).

Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.

Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.

51 laman Web Malaysia kena goddam..updated

Operation Malaysia yang dilancarkan oleh kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous bukan sahaja menggodam laman web rasmi kerajaan, tetapi juga melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya 50 laman web yang lain.

Senarai itu termasuklah lima laman web kerajaan, antaranya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, jabatan bomba dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Meskipun ugutan kelmarin mengatakan bahawa serangan ke atas laman web rasmi kerajaan akan dilancarkan awal pagi ini tetapi beberapa laman web dan portal sudah mula diserang sejak petang semalam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan perkhidmatan 41 laman web terganggu ekoran serangan sejak semalam.

“Pemantauan kami mengenai situasi menunjukkan tahap serangan menurun setakat pukul 4 pagi tadi,” kata SKMM dalam satu kenyataan hari ini.

Ia menambah, impak serangan itu ke atas pengguna Malaysia adalah kecil,

SKMM menambah, lamannya juga berhadapan dengan serangan penggodam yang tidak dikenali dan setakat ini berjaya menangani serangan pihak terbabit.

Sehingga pukul 10.30 pagi tadi, laman web www.malaysia.gov.my tidak dapat diakses manakala penggodam-penggodam lain juga menyasarkan laman web agensi pelancongan Sabah www.sabahtourism.com dan www.tourmalaysia.com.my.

Ia menambah, impak serangan itu ke atas pengguna Malaysia adalah kecil,

SKMM menambah, lamannya juga berhadapan dengan serangan penggodam yang tidak dikenali dan setakat ini berjaya menangani serangan pihak terbabit.

Sehingga pukul 10.30 pagi tadi, laman web www.malaysia.gov.my tidak dapat diakses manakala penggodam-penggodam lain juga menyasarkan laman web agensi pelancongan Sabah www.sabahtourism.com dan www.tourmalaysia.com.my.

Dengan menyerang laman web Sabah Tourism, penggodam mendakwa mereka telah memperoleh data melibakan lebih 3,400 pengguna agensi itu dan menyiarkan butiran 392 akaun.

Sabah Tourism yang dapat menstabilkan akses meletakkan notis “offline” di muka depan lamannya.

Bagaimanapun laman web Tour Malaysia kekal dengan paparan “Dragon Force” dan lagu  “heavy metal” berjudul “Through The Fire And The Flames” dan mesej mengecam kerajaan menghalang akses kepada beberapa laman web.

Malaysia menjadi negara terbaru berhadapan dengan sasaran perang siber yang digerakkan oleh aktivis, yang mula popular apabila mereka mengganggu laman web MasterCard dan Paypal yang memutuskan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.

Mereka juga dilaporkan ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.

Laporan Reuters semalam menyebut, Anonymous mendakwa tindakan Malaysia menapis program televisyen dan filem dan menghalang laman-laman perkongsian fail menyebabkan pihaknya mengambil tindakan mahu menggodam laman web  http:www.malaysia.gov.my.

Pada 2009, Malaysia bercadang untuk mengadakan sistem tapisan Internet, yang mirip projek Green Dam yang diperkenalkan oleh China.

Bagaimanapun seperti juga di China, Malaysia berundur daripada melaksanakannya ekoran kritikan banyak pihak.

Mengikut laporan media semalam, Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan di bawah “Operation Malaysia” awal pagi ini.

Kumpulan itu menghantar mesej kelmarin mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi ini waktu Malaysia.

Ugutan itu dibuat dalam bentuk grafik disiarkan di lamab web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Dalam pada itu, laman web akhbar tempatan New Straits Times (nst.com.my) juga tidak dapat diakses setakat pukul 10 pagi tadi, tetapi tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh serangan siber ataupun sebaliknya.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: