Gempar: Lembah Klang ‘Bergegar’ Hari ini


BANGUNAN Kerajaan Komplek E, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pagi ini dikejutkan dengan gegaran menyebabkan kesemua warga kerja kementerian diarahkan berkumpul di kawasan lapang untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku. – Foto NSTP

Gegaran berlaku lagi di lembak Klang

Gegaran kecil akibat gempa bumi kedua di Sumatera Utara sekali lagi dirasai di Lembah Klang pada jam 11.05 pagi tadi.

Beberapa kakitangan Berita Harian yang sedang bertugas di Balai Berita di sini turut merasainya.

“Saya merasakan kerusi saya berayun, saya ingatkan saya pening tetapi apabila seorang kawan bertanyakan sama ada saya berasa bergoyang, barulah saya sedar berlaku gegaran itu,” kata Khairul Asraf Abdul Aziz, Eksekutif Web Berita Harian Online.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 8.08 pagi tadi.

Menurut kenyataan jabatan itu, pusat gempa ialah 330 kilometer ke barat daya Klang, Selangor.

Gegaran turut dirasai di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung terutama di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • azmi  On June 14, 2011 at 6:04 pm

    lawatan dato najib ke lembah klang dlm program work about betul betul menggegarkan lembah kelang….selangor bakal jatuh semula ke BN…itu maksudnya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: