Terengganu Pulak Bina Bangunan Berkembar!


Apakah rasionalnya untuk Terengganu bina menara ini.

Terengganu bakal bina menara berkembar

KUALA TERENGGANU – Menara berkembar setinggi 30 tingkat, yang bakal menjadi mercu tanda bandar raya ini, akan dibina di sebuah kawasan seluas 16.2 hektar di sini.

Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah berkata, menara berkembar yang menelan belanja beratus juta ringgit itu, akan menempatkan pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan pejabat Yayasan Terengganu.

“Secara dasarnya kerajaan negeri sudah bersetuju membina dua menara di bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pelan strategik Yayasan Terengganu di sini hari ini.

Mengenai pelan strategik Yayasan Terengganu, beliau berkata, Yayasan Terengganu akan menjadi badan kanun pertama di Pantai Timur mengadakan kerjasama dengan Arkib Negara.

Selain itu, Yayasan Terengganu akan memberi tumpuan dalam sektor pendidikan anak anak negeri terutamanya bidang doktor pakar.

Tahun ini, katanya Yayasan Terengganu akan menghantar seramai 150 calon untuk mengikuti kursus kedokoran di beberapa negara termasuk Mesir, Rusia, Ireland dan Indonesia.

Bernama

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: