Gempar: Solat Setelah Berkelamin dan Mabuk


Lantas ia menimbulkan persoalan pengulas, adakah sembahyangnya sah?

Satu adegan di dalam buku Kasino tulisan Saifullizan Tahir yang menggamit pemikiran pengulas ialah adegan di mana watak utamanya, Mohd Narcissus Yusof mengerjakan solat.

Anehnya solat dilakukan sejurus selepas Narcissus berkelamin . Ada juga adegan Narcissus mengerjakan solat dalam keadaan mabuk.

Ia menimbulkan persoalan kepada pengulas sama ada solat yang dilakukan itu adalah sah dan menurut hukum Islam.

Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengemukakan fatwa larangan berkarya berikutan gambaran tersebut?

Adakah Gapena dan Pena, dua persatuan penulis terbesar negara akan mempertahankan kebebasan berkarya dan tidak membenarkan karya ini diubah walau sepatah kata?

Secara keseluruhannya novel ini melampaui batas faksyen kerana seringkali menamakan pakatan politik dengan seadanya.

Faksyen ialah gaya penulisan yang mencampur adukkan fakta dan fiksyen.

Umpamanya Pakatan Rakyat dipersalahkan apabila Narcissus kehilangan projek dan seterusnya perlu mendapatkan wang sejumlah 3.8 juta dalam tempoh 2 minggu manakala Barisan Nasional digambarkan sebagai pakatan politik yang memudahkan urusniaga.

Nama tokoh politik juga seringkali timbul, seperti Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah pihak-pihak yang dinamakan akan mengambil tindakan saman terhadap Saifullizan dan penerbit Fixi? Wallahualam.

Buku terbitan Fixi setebal 280 muka surat dan berharga RM18 ini mengisahkan bagaimana manusia terdesak boleh tiba ke kancah perjudian.

Dapat semula wang?

Adakah Narcissus boleh mendapatkan semula wangnya?

Persoalan ini hanya terjawab apabila anda membaca Kasino.

Penulis juga sempat berbual dengan Saifullizan.

“Satu-satunya novel yang telah dan akan saya tulis kerana saya sudah serik,” kata penulis novel Kasino tentang pengalaman menulis novelnya yang pertama.

fmt

Saifullizan serik kerana tempoh masa yang diambil untuk penulisan novel berbanding penulisan sajak, cerpen dan esei yang dihasilkannya sebelum ini.

“Kasino ditulis untuk orang macam saya kerana tiada penulisan yang memenuhi citarasa saya,”tambah arkitek lanskap yang menguruskan perniagaan pengurusan dan latihan di Damansara di ibu negara.

fmt

Nota: 

يأيها الذين ءامنوا لا تقربوا الصلاة وأنتم سكارى حتى تعلمون ماتقولون ولا جنبا إلا عابرى سبيل حتى تغتسلوا ، وإن كنتم مرضى أوعلى سفر أو جاء أحد منكم من الغائط أو لامستم النساء فلم تجدوا ماء فتيمموا صعيدا طيبا فامسحوا بوجوهكم وأيديكم ، إن الله كان عفوا غفورا ,

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat, ketika kamu dalam keadaan mabuk sampai kamu sadar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (hampiri msjid ketika kamu) dalam keadan junub kecuali sekedar melewati jalan saja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Adapun jika kamu sakit atau kamu telah menyentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik(suci) ; usaplah wajahmu dan kedua tanganmu dengan debu itu, sungguh, Allah maha pema’af, maha pengampun. (QS Al-Nisa’ [4] : 43)

mafhum secara global

Dari ayat di atas dapat di ambil sebuah pengertian bahawa  Allah swt. Melarang hambanya melakukan solat dalam keadaan mabuk, kerana keadaan semacam ini itu tidak akan dapat membuahkan kekhusukan dan kepatuhan dalam bermunajad kepada allah, baik dalam mambaca ayat-ayat Al Qur’an maupun Berdzikir serta memanjatkan Do’a kepadanya.

Larangan juga di arahkan bagi orang-orang yang sedang junub sehingga ia terlebih dahulu membersihkan dirinya, baik dengan cara mandi maupun dengan tayamum bagi orang yang tidak mendapatkan air, dengan mengusap muka dan kedua tangan dengan debu yang suci. Ketentuan semacam ini merupakan rahmat dan kemudahan dari Allah Swt.

Wallahu aa’lam.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: