Perompak Menyamar Wanita Berjaya Rompak Bank


Menyamar wanita rompak bank

KAJANG – Seorang wanita berambut panjang paras pinggang dan memakai kaca mata hitam yang memasuki sebuah bank di Taman Taming Jaya, Seri Kembangan semalam, tidak disangka seorang perompak lelaki.

Bukan sahaja mengaburi pandangan pengawal keselamatan bank dengan gaya rambut palsunya bahkan suspek melakukan rompakan itu secara pantas dalam tempoh antara lima dan enam minit dan berjaya melarikan RM80,000.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.50 petang dan ketika suspek berusia lingkungan lewat 20-an itu memasuki bank berkenaan, pengawal keselamatan tidak mengesyaki sebarang kemungkinan buruk kerana suspek tidak kelihatan mencurigakan.

Abdul Rashid berkata, ketika itu secara kebetulan keadaan bank tidak ramai pelanggan yang berurusan dan lelaki terbabit terlebih dahulu ke kaunter lalu berpura-pura mahu menanyakan sesuatu.

“Selepas itu, suspek acu pistol mainan kepada seorang pekerja wanita dan suruh mangsa masukkan wang ke dalam begnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Selepas mengambil wang, suspek bertindak lebih agresif memaksa pekerja itu me-ngikutnya hingga keluar pintu bank.

Menurutnya, selepas itu suspek membuang pistol mainan terbabit ke dalam longkang lalu terus melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 yang diletak hadapan bank itu.

“Polis sedang siasat untuk kenal pasti identiti suspek dan tidak menolak kemungkinan dia hanya berseorangan.

“Polis akan teliti rakaman kamera litar tertutup untuk bantu mengesan suspek,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta supaya menghubungi polis untuk bantu siasatan.

Sh

# imej diatas hanya hiasan

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: