NAZA Perkenal Kereta Hybrid Diesel


MODEL Peugoet 3008 HYbrid4 yang memasuki pasaran Malaysia tahun ini.

Model Peugoet 3008 Hybrid4 akan masuk pasaran negara tahun ini

PASARAN automotif tempatan dijangka akan terus rancak sepanjang tahun ini dengan pengenalan beberapa lagi barisan model terkini pada separuh kedua ini.

Terbaru, Nasim Sdn Bhd akan membawa masuk Peugoet 3008 HYbrid4, kereta hibrid diesel sepenuhnya yang pertama di dunia untuk dipasarkan di Malaysia.

Model itu adalah satu daripada dua model terbaru Peugeot yang bakal diperkenalkan pengedar rasmi jenama itu di Malaysia itu sebelum akhir tahun ini.

Satu lagi model yang akan dibawa masuk syarikat itu adalah kenderaan sedan eksekutif mewah atau lebih dikenali sebagai segmen D yang mana ia akan bersaing dengan beberapa model ternama yang sudah kukuh di kalangan pengguna Malaysia, iaitu Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Teana dan Sonata 2.0.

Penolong Pengurus Besar Nasim, Mohamed Yasser Awan, berkata kedua-dua model berkenaan dibawa masuk khusus untuk merancakkan lagi pasaran automotif tempatan.

Katanya, dengan pengenalan model seperti 3008 HYbrid4 yang menawarkan penjimatan bahan api menakjubkan tanpa mengabaikan kuasa, ia dijangka mampu menarik minat pengguna untuk memilikinya.
Bagi merealisasikan pengenalan model itu di pasaran tempatan, katanya, pihaknya bersama dengan Automobiles Peugeot kini sedang melaksanakan kajian daya maju berhubung keupayaan 3008 HYbrid4 beroperasi di Malaysia.

“Nasim dan Automobiles Peugeot kini sedang menguji kenderaan tersebut bagi memastikan ia mampu beroperasi dengan baik menggunakan diesel Euro 2M yang dipasarkan di Malaysia.

“Setakat ini hasil ujian adalah positif. Namun masih ada beberapa ujian masih belum selesai.

“Namun, sekiranya tiada masalah, kami menjangka model 3008 HYbrid4 boleh diperkenalkan di Malaysia menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam temubual dengan Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Difahamkan, model 3008 HYbrid4 dijangka dipasarkan Nasim dengan harga yang amat kompetitif.

Model 3008 Hybrid4 menggunakan enjin 2.0 liter diesel yang digabungkan bersama motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 200hp dan 500Nm tork.

Ia turut menampilkan empat mod berbeza termasuk pelepasan asap sifar, pacuan empat roda serta fungsi mula dan berhenti, yang enjin diesel akan diletakkan dalam keadaan bersedia apabila kenderaan tidak bergerak.

Sementara itu, penganalisis sektor automotif ketika dihubungi mengulas perkembangan itu berkata, peningkatan pengenalan model baru, khususnya membabitkan model hybrid adalah susulan langkah kerajaan dalam memperkenalkan beberapa insentif cukai, termasuk pengecualian penuh cukai import dan eksais untuk kereta hibrid, sebagai usaha untuk terus merangsang pasaran automotif tempatan.

Ahmad Farial Hajat

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: