1 malaysia tapi 3 Kelas pendaftaran JPN
Kegagalan percubaan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya untuk mendaftarkan bangsa anak perempuan mereka sebagai ‘Anak Malaysia’ sebenarnya mendedahkan kepincangan sistem pendaftaran negara.
Malaysiakinimendapati terdapat tiga peraturan pendaftaran yang berbeza di Sabah, Sarawak dan semenanjung meskipun semuanya terletak di bidang kuasa Jabatan Pendaftran Negara.
Hanya Sabah yang mengiktiraf bangsa campuran tetapi mengehadkannya kepada pasangan Cina dan pribumi sahaja, manakala Sarawak pula mewajibkan seseorang anak itu mengikut bangsa bapanya.
Peraturan di semenanjung pula membenarkan ibu bapa untuk memilih bangsa anak mereka berdasarkan keturunan si ibu mahupun si ayah.
Menurut seorang pegawai JPN Sabah, ibu bapa boleh memilih mendaftarkan anak mereka sebagai ‘bangsa campuran’ atau juga mengikut salah seorang ibu bapanya.
“Jika bapanya Cina dan ibunya adalah Kadazan, maka anaknya adalah Cina atau Kadazan atau juga sino-pribumi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, semalam.
Jelasnya, ibu bapa juga sebelum ini boleh memilih pelbagai istilah lain seperti ‘sino-Kadazan’ dan ‘sino-Murut’ ketika pendaftaran dijalankan secara manual.
Selepas pendaftaran dijalankan secara berkomputer, mereka hanya boleh memilih ‘sino-pribumi’.
“Kami telah memohon supaya istilah lama dikembalikan tetapi ini belum diluluskan lagi,” kata pegawai yang memohon identitinya dirahsiakan.
Bagaiamanapun perkhawinan yang membabitkan seorang pribumi dan bukan Cina, anak mereka mesti mengikut sama ada bapa ataupun emaknya. Pilihan bangsa campuran hanya untuk ibu bapa pribumi-Cina sahaja.
“Tidak ada pilihan ‘pribumi-India’ atau ‘pribumi-Melayu;” katanya.
Manakala itu, sistem pendaftaran di Sarawak dikatakan lebih rigid. Bangsa seseorang kanak-kanak mestilah berdasarkan keturunan bapanya.
“Wajib ikut bangsa bapa,” kata seorang pegawai JPN cawangan Sarawak kepada Malaysiakinisemalam.
“Jika bapanya orang asing, bangsa anak itu akan ditentukan oleh kerakyatan bapanyanya,” kata pegawai itu.
“Contoh, bapanya adalah orang Itali, bangsa anak itu adalah ‘Itali’. Jika bapanya rakyat Singapura, maka bangsa anak itu adalah ‘Singapura’,” kata pegawai itu.
mKini
Comments
Aku setuju apa yg tuan paparkan….sebab tu pas kalah bergaya di 5 dun sarawak…dan PKR bunkus di 46 dun yg mereka bertanding dan hanya menang 3….tapi mereka tetap mahu ke putrajaya…sekadar beesiar siar di kota idea tun mahathir negarawan negara…..Mereka ukur baju di badan org lain…selama itulah mentality org org pas tidak pernah berubah….senantiasa mencari alasan utk menutup kelemahan sendiri…alasan yg blog ini kemukakan adalah persedian pas utk kalah dan jawapan bagi kekalahan itu nanti….what a joke….tajuk cerita ini sepatutnya. ” pas sudah tahu akan kalah …jadi perancangan ke putrajaya di tukar ke bandung indonesia “…..
Samada Pas dan PR akan menang atau kalah itu masih dalam ilmullah. Jika BN anak jantan kenapa takut bersaing di ‘padang yg rata’.
Kita paparkan disini bukan sahaja permainan kotor BN malahan kecelaruan dari JPN sendiri .
Kalu hang pi duduk dinegara lain senang ke hang nak dapat I/C atau taraf warganegara?
Kawan baik aku dah 14 tahun dekat New Zealand pun masih tak dapat ‘PR’!
Samada Pas dan PR akan menang atau kalah itu masih dalam ilmullah. Jika BN anak jantan kenapa takut bersaing di ‘padang yg rata’.
Adoi….”anak jantan”..hehehe…dalam politik mana ade jantan atau betina..
Dalam politk tidak perlu ada hero.. lah.
Nak buat cerite pun biar ade BLACK @ WHITE nye…setakat pi tanya pegawai JPN tanpa ade
statement bertulis dari pihak JPN SAYA PUN BOLEH cerita macam-macam. Dah lah copy paste je dari malaysiakini je. tak boleh pakai betulah.
Terpulang pada hang suka baca atau tidak..
Org2 mcm si Jay ni masih ramai lagi rupa2nya. Sayang, pandai menggunakan internet tetapi masih tidak dapat mencari kebenaran dan penipuan…