HOT: PEKIDA ‘Bergaduh’ Dengan Farid Kamil dan Syamsul


 

Pekida mahu saman Farid Kamil dan Syamsul kerana dedah perkara sulit

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Pekida dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini.

“Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

“Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

“Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat,” ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

“Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

“Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.

kemalia othman

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • abubakar  On June 12, 2011 at 11:59 am

    Kalaupun betul KL gangster pecah kod PEKIDA biarla orang awam tak faham pun…. macam saya tak perasan pun ada kod PEKIDA yang di pecahkan pada orang ramai… tapi sekarang orang ramai tertanya-tanya seolah-olah hebat sangat la PEKIDA…. pirahh…. kalau nak jadi gangster melayu ekonomi kamu kuatkan dulu…. ini tidak anak buah hidup merempat….. duit sewa rumah korang ada hutang sama aku bila nak bayar…. ayahanda ke ibunda ke semuanya berfikiran macam robot…. diatur.. ikut kata umno konon-kononnya merekalah hulubalang melayu terakhir….. iyalah tu…. hutang bila mau bayar

  • Abah Ibu  On June 14, 2011 at 4:54 am

    iye? malu ahh!

    • Anonymous  On July 4, 2011 at 1:47 pm

      bnda kecik ja ni….x payah la nk perbesaq…cina hindu tenguk tepuk tangan…hmpa mau ka mcm 2??? salam teguran dri kmi ///

  • Anonymous  On June 16, 2011 at 10:44 pm

    lu ckp baik2 skit..jgn lu hina pekida..klau lu x tau snyap je la,,jgn ckpp sbarngn..

    • abg long begum  On July 4, 2011 at 1:50 pm

      benda kecik pun nk besaq ka??? mcm x dak keja lain?? cina, hindu tgk ni…depa nt tepuk tangan la…rilek suda…

  • RAZALEIGH  On June 26, 2011 at 1:51 pm

    ‘MELAYU MUDAH LUPA’…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: