HOT: Surat ‘Ugutan’ Mamak Mahathir Masih Dalam Simpanan Tok Guru Nik Aziz


Tok Guru Nik Aziz sedia dedahkan jika perlu

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.

Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” katanya melalui laman Facebook.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.

Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan “langkah mayatnya dulu” sebelum mahu laksanakan.

Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan.

sh

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Hayatkhil  On June 9, 2011 at 5:43 pm

    Nik aziz takut allah ke takut mahathir……?…tolong jawap sat….yg sebenarnya nik aziz takut hilang kuasa….bukan takut allah…kalau dia takut allah …dah tentu dia dah buat hudud spt mana yg pas claim selama ini…kuasa dah ada di tangan tunggu apa lagi…..jelasnya pas akan terus gunakan agama utk politik jumud…now pas pulak di gunakan puak kafir harbi utk kuasa mereka….eloklah tu pas terus keliru dlm perjuagan nya….dulu ulamak dijulang…sekarang ulamak dibuang…DAP dijulang…anuar brahim yg menang…pas terus merempat dlm perjuangan sempit sendiri….

    • abu shahid  On June 9, 2011 at 5:50 pm

      Hang boleh double check balik perkara 7 Perlembagaan Persekutuan.

      Politik adalah satu cabang dari ugama (siasah) kalu hang ada masa pi mengaji lagi.

      Pas masih dibawah Mursyidul Am dan majlis Syura Ulama itulah perbezaan ketara antara pas dan Umno.

  • Hayatkhil  On June 9, 2011 at 6:18 pm

    Ya abu shahid …aku dah lama ngaji bab ni…selama aku ngaji bab ni….pas terus terusan menipu org melayu dgn hududnya hinggalah hari ini…hudud pun hilang…negara kebajikan or welfare pulak timbul….tok sah dok sebut bab perlembagaan persekutuan…professor aziz bari yg hang pa katakan sbgi pakar perlembagaan pun tahu bagaimana pas memanipulasi bab perlembagaan dlm menjawap usul hudud..yg paling asas kita kena faham bab ini adalah dgn memahami bagaimana munafiknya pas menipu rakyat dlm bab hudud tadi…apa mereka buat?…mereka dah tahu kalau nak buat hudud kena lah pinda bab 7 perlembagaan msia….so. Persoalan kedua…bagaimana nak pinda?…kenalah menang pilihanraya….mcm mana nak menang pilihanraya? Mainkan sentimen benci pd pemerintah…gula gulakan dgn hudud dikalangan org islam….dan mainkan sentimen rasuah dan salah guna kuasa pemerintah dan ketidak adilan pada bukan islam….persoalan ke tiga?….kalau nak pinda perlembagaan kenalah menang lebih 2/3 majority parlimen….hahahah bab ni PAS paling bodoh dan bangang….bapok segala bangang….PAS bertanding hanya 1/3 shj kerusi daripada keseluruhan kerusi parlimen….kenapa tak nak bertanding lebih?…..takut kalah ke? Tidak…takut hilang isu hudud…jadi jelasnya PAS bukan nak buat hudud pun…sekadar gimick politik dan pas akan terus gunakan agama utk politiknya…inysllah pas tak akan menang dimalaysia ni….TODAY pas dah berubah….ulamak kian dibuang…DAP semakin dijulang….apa motifnya? Hudud? Sorry karpal said..over my body la pas!!….so mana hudud pasnya?…..apa pas jawap?….jawapan pas macam au shahid jawap kat atas…itu jawapan standard pas yg bodoh tak leh ajor..pandai tak leh ikut…bebal selamanya…layaklah pas terus jadi unta dan kaldai DAP utk malaysian malaysia dan negara welfare mereka….sekian

    • abu shahid  On June 9, 2011 at 7:05 pm

      Alahai kesiannya pencacai UMporNO merayu simpati.

      Pak menteri dan pencacai satu standard saja..bangang dan bahalol tak habis habis cuba nak menipu rakyat!

      Walau 1/3 Pas bertanding tapi Pas mengetuai di 3 negeri ..dan insyaallah Pas akan dapat merealisasikan impian rakyat marhaen untuk hidup dan sejahtera.

      Pukulan Pas dan PR pada PRU12 lalu menyedarkan ramai rakyat Malaysia untuk hidup sebagai rakyat merdeka dan tidak lagi dibebankan oleh kerakusan UMporNO/BN.

      Tipu helah rasis UMporNO dan konco konco mereka sudah tidak laku lagi,terutama bagi rakyat kelas pertengahan dan penduduk bandar!

  • Jay  On June 10, 2011 at 2:20 pm

    Abu shahid tak faham bahasa melayu mudah kot…tak terjawap persoalan yg ana lontarkan di atas….rasanya tak perlu tun mahadir nak berhujah bab ni…anak ana lepasan spm pun belum tentu abu shahid dan kader kader pun dpt menjawap hujah di atas….jawap lah dgn fakta jelas tanpa pusing pusing bab lain wahai abu shahid…kenapa pas tak nak tanding lebih 2/3 kerusi parlimen so that pas tahu pas boleh menang kerana rakyat bersama pas dan seterusnya boleh pinda perkara 7 perlembagaan msia…..atau pas dah pakat dgn DAP dan PKR utk bersatu dlm meminda perkarA 7 itu….al kisahnya….pitty ….

    • abu shahid  On June 10, 2011 at 2:41 pm

      Itu akan diputuskan oleh majlis PR..aku bukan anggota majlis tu..

      Alhamdulillah walau Pas hanya bertanding hanya 2/3 dari keseluruhan kerusi..tetapi itulah musyawarah yang terdapat dalam Pakatan Rakyat.

      Adalah tidak mustahil seperti dijelaskan oleh Mat Sabu PM Malaysia akan datang dari Pas.

      Pas sudah membuktikan kecemerlangan pengurusan negeri di Kedah dan Pulau Pinang..

      Mari kita berikan hak kita kepada Pas dan PR untuk mentadbir Putrajaya pula!

  • Hayatkhil  On June 10, 2011 at 2:46 pm

    Aku baru baca surat ” ugutan” yg abu shahid istilah ugutan yg dikirim oleh tun M kpd nik aziz pada tahun 1993….yg jelasnya tiada nampak bahasa ugutan dlm surat tu malah ada baca rujukan dan quotes yg baik ditulis oleh tun mahathir…jelasnya mahathir cuba membezakan hukum pas dan hukum al quran….itu pas perlu jwp dgn baik…ada besar beza islam dan pas, agama dan parti….pas itu assabiah kepartian…islam itu sejagat…nampak sgt abu shahid menipu dlm menulis bila gunakan perkataan ” ugut” yg membawa persepsi negatif dan fitnah kpd tun M…sila jawap ana nak dgr fakta anta….sila ke blog amenoworld baca surat tun M…

    • abu shahid  On June 10, 2011 at 3:07 pm

      Itu salah satu diantara surat yg Tok Guru Nik Aziz terima, ada lagi surat lain yg masih Tok Guru simpan dan tak pernah dikeluarkan kepada umum.

      Mungkin masih ramai pembaca yang tidak mengetahui mengapakah Kelantan masih tidak menjalankan hukum hudud sedangkan draf hukum hudud Kelantan sudah disiapkan. Ramai di kalangan blogger-blogger pro UMNO termasuk papa gomo yang terkenal bebal ini menyebarkan propaganda kononnya PAS sendiri yang tidak mahu menjalankan hukum hudud.

      Hal ini sebenarnya sudah dibincangkan dan dijelaskan berpuluh kali suatu ketika dahulu. Namun generasi baru mungkin memerlukan pencerahan memandangkan blogger upahan UMNO seringkali memutar belitkan hal ini dengan membuat propaganda kononnya Kelantan tidak mahu menjalankan hukum hudud.

      Fakta yang sebenarnya ialah, Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

      Hal ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan terbarunya berkenaan isu hudud di hadapan kira-kira 160 bloggers di Grand Season Hotel Kuala Lumpur [Malaysiakini]

      Ajaran Islam meliputi semua aspek di dalam kehidupan, bukan semata-mata Hudud sahaja yang harus diperjuangkan. Hukum Hudud hanyalah bahagian kecil yang meliputi aspek perundangan di dalam islam.

      Banyak lagi perkara lain di dalam Islam yang harus diperjuangkan baik dari segi ekonomi, akhlak, kebajikan, kejujuran dan sebagainya. Jika semata-mata kerana perjuangan menegakkan hukum hudud negeri Kelantan dirampas, ternyata satu tindakan yang tidak bijak!

      Apapun Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah-langkah bijaksana dan berhikmah untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup secara berperingkat. Banyak perkara yang harus ditangani terutama serangan dari UMNO dan sekutunya yang sering kali menentang Islam.

      Jelas sekali Tun Mahathir yang menentang keras perlaksanaan undang-undang hudud dengan mengugut kerajaan pusat akan mengambil tindakan, namun hal ini sengaja diputar belitkan dengan mengatakan kononnya PAS yang tidak mahu kepada hukum hudud.

      Dengar dari Tok Guru sendiri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: