Bongkar: KD Altantuya,Najib Masuk Perangkap Zahid dan Muhyiddin


Skandal Scorpene: Zahid dan Muhyiddin perangkap Najib

Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Badrul, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.

Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi ‘diketuai’ Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.

“Zahid sebagai Naib Presiden sedang ‘bersiap’ untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri,” tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard.

Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard.

Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas.

Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman  tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai.

“Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib.

“Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul ‘hero’ yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?” soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian.

CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis.

“Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya.

Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari.

Enjin F 5E hilang

Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut.

Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera.

“Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu,” kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air.

Kd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Suparyop  On June 8, 2011 at 10:49 am

    Sebut pasal isu Scorpene, IPP dan isu rasuah UMNO, inilah antara “peluru-peluru” yg PR ada untuk lanyak UMNO.Tak dinafikan UMNO boleh jatuh pasal isu rasuah yg tak selesai dari zaman Mahathir lagi ( BMF, PLUS, dll).
    Tapi kut ya pun marah kat UMNO jgn lah sampai tergadai hak melayu, nak naikan cina jadi TPM, nak naikan Chin Peng sbg Pejuang merdeka, NAK HAPUSKAN 30% ekuiti bumi dalam buku jingga,.. Kenapa tak naikan nama Mat Kilau, Tuk Janggut , Mat Salleh sbg pejuang tanah air? Jgn pasal nak kenakan UMNO ( tak pa lah , saya bukan UMNO pun)habih hak melayu nak dibenamkan.. nanti PAS dan PKR terkapai2 harap undi bukan melayu sj utk hidup..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: