Fitnah II: Peguam Anwar Dihalang Rakam Wawancara Saksi Kes


Tangan kami terikat: Peguam Anwar

Peguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keraguannya terhadap peluang mendapatkan pendengaran yang adil, sehari sebelum membela diri dalam perbicaraan kes liwat.

anwar ibrahim sodomy allegation saiful bukhari azlan first day in court 070808 sankara nairSankara Nair (kanan) memberitahu AFP bahawa pihak pendakwaaan hanya membenarkan pasukan peguam Anwar mewawancara 5 orang sahaja daripada 25 saksi yang dijanjikan.

Mereka masih belum mewawancara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, yang bertemu pengadu Mohamad Saiful Bukhari selepas didakwa diliwat, lapor agensi berita antarabangsa itu.

“Tangan kami terikat ketika mahu memberikan Anwar pembelaan sebaiknya kerana pihak pendakwaan menolak memberikan kami semua saksi yang dijanjikan,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Bagaimana Anwar akan mendapat perbicaraan yang adik apabila kami hendak mewawancara saksi pihak pendakwaan pun tidak boleh untuk memutuskan memanggil yang mana,” tambahnya.

Peguam mohon ketepi Hakim

Perbicaraan kes Fitnah II bersambung semula hari ini dan mahkamah akan mendengar permohonan pasukan peguam Anwar untuk mengenepikan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada terus menghakimi perbicaraan ini.

Berikut adalah laporan langsung daripada mahkamah:

9.00 pagi: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual-bual dengan peguam, Pawancheek Merican dan beberapa openyokong di dalam mahkamah sementara menunggu Hakim Mohamad Zabidin tiba. Anwar memakai sut kelabu dan kelihatan keletihan.

9.02 pagi: Peguam Anwar, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy dilihat bercakap-cakap dengan pendakwa raya, Datuk Mohd Yusoff Zainal Abiden.

9.32 pagi: Karpal Singh membuat permohonan untuk mengenepikan Hakim Mohamad Zabidin dari terus mendengar dan menghakimi kes Fitnah II.

Karpal mendakwa Hakim Zabidin melakukan pra-penghakiman sewaktu menyampaikan keputusan untuk memanggil Anwar membela diri.

Maka, menurut Karpal, Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dan tidak mungkin berlaku adil dalam menghakimi kes ini.

9.34 pagi: Pendakwa raya Yusoff Zainal Abiden menyampaikan hujahnya.

Permohonan kali ketiga ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd daripada membicarakan kes pertuduhan liwat terhadapnya.

“Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat,” kata Zabidin.

Selepas selama tiga minggu ditangguhkan, perbicaraan kes berprofil tinggi itu bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Zabidin daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan.

Sebelum ini, hari ini ditetapkan bagi Anwar membela diri selepas Zabidin pada 16 Mei lalu memerintahkannya kerana terdapatprima facie dalam kes tersebut.

Ia berikutan mahkamah memutuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang boleh dipercayai dan kenyataannya diterima sebagai kebenaran kerana berkenaan seorang yang “berwibawa.”.

Selain itu, Zabidin juga berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Percubaan melucutkan Zabidin daripada mendengar perbicaraan itu, adalah buat kali ketiga.

Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.

Kedua-dua permohonan itu ditolak.

Berikutan itu, peguam Karpal Singh berkata, beliau dan pasukannya akan mengemukakan rayuan untuk mengenepikan  Zabidin selewat-lewatnya petang ini. Karpal juga memohon agar kes ditangguhkan terlebih dahulu.

Pagi tadi, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan untuk menyingkirkan Zabidin kerana melakukan pra-penghakiman sewaktu membuat keputusan untuk memanggil Anwar membela diri, 16 Mei lalu.

Ini kerana Zaibidin ketika membuat keputusan itu menyatakan saiful sebagai saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai, meskipun fakta perbicaraan menjelaskan percanggahan keterangan yang diberi Saiful di mahkamah

Karpal Singh dalam hujahnya berkata, Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dalam membuat keputusan dan tidak mungkin berlaku adil dalam menghakimi kes ini.

mKini

Nota: Dunia sedang memerhatikan sistem keadilan Malaysia, adakah pada tahun ini graf ketelusan akan menurun  lagi.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: