Analisa: Kemenangan ‘Erdogan’ Untungkan Haji Hadi Bukan Anwar


Kemenangan jawatan Timbalan Presiden ,Naib Presiden dan AJK Pusat Pas kukuhkan kedudukan Tuan Guru Haji Hadi

Meskipun kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menguasai kepimpinan pusat PAS, kini barisan pimpinan sekular beliau dilihat berhadapan dengan ancaman daripada lapisan tengah yang akan menerajui parti Islam itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin-pemimpin Erdogan – rujukan kepada Perdana Menteri Turki Recep Erdogan yang rapat dengan Anwar – menguasai kerusi timbalan presiden dan naib presiden serta 12 daripada 18 kerusi ahli jawatankuasa kerja yang dipilih.

Dalam ucapan penggulungannya semalam, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, barisan kepimpinan pusat PAS sesi 2011-2013 bukan kumpulan Erdogan sebagaimana dilabel musuh-musuh politiknya ketika setiap kali diadakan pemilihan.

Sebaliknya Presiden PAS itu berkata, “ini adalah pasukan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) dan Abdul Hadi Awang.”

“PAS adalah parti Islam, parti AKP bukan parti Islam. Ini Malaysia, bukan Turki,” kata Presiden PAS itu yang dilihat merujuk kepada label-label bahawa PAS kini dikuasai oleh kumpulan profesional atau Erdogan ekoran keputusan pemilihan pusat parti yang berlangsung Jumaat lalu.

Penganalisis-penganalisis dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjangkakan peranan PAS yang lebih “bersifat dominan” dalam perikatan tiga komponen Pakatan Rakyat.

PAS, rakan junior di Parlimen, kini disebut-sebut membuat persiapan untuk mengambil alih kedudukan PKR dalam menerajui ke arah Putrajaya.

“Ia adalah kepimpinan yang sudah bersedia untuk peranan lebih dominan dalam Pakatan.

“Sebuah PAS yang kuat dalam Pakatan adalah baik bagi Hadi, bukannya Anwar,” kata ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad, antara pemimpin dilabel Erdogan, kepada The Malaysian Insider.

Mursyidul Am PAS  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pemimpin berpengaruh, menyokong kepimpinan Anwar dalam Pakatan Rakyat.

Nik Aziz sendiri menyifatkan Mohamad Sabu, timbalan presiden yang baru sebagai enjin, manakala Hadi pula sebagai pemandu dan “kami semua penumpang” dalam usaha menuju ke Putrajaya.

Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata, ucapan dasar Hadi yang menekankan pendekatan negara berkebajikan akan diterima baik oleh khalayak Melayu berbanding agenda negara Islam.

“Sejak 12 tahun lalu, PAS bekerja keras untuk memperdanakan kedudukannya,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera ini kepada The Malaysian Insider yang mengibaratkan tindakan PAS ke tengah sebagai pendekatan Parti Buruh Britain yang memperkenalkan pergerakan “Buruh Baru” pada 1997.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga bersetuju bahawa PAS kini lebih kredibel di kalangan orang Melayu berbanding PKR.

“PKR perlu melakukan sesuatu. Bukan Melayu kini melihat ke arah DAP dan orang Melayu kepada PAS,” katanya.

Dzulkefly, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengakui bahawa akan ada sahaja masalah “apabila kami berusaha melebarkan” kedudukan.

“Tetapi ini adalah masa bagi kami untuk bertindak sebagai parti nasional perdana,” katanta lagi.

shannon teoh

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Suparyop  On June 8, 2011 at 12:00 pm

    Apa pun samada kumpulan ulamak ke profesional ke erdogan ke , Ustaz Hadi telah menyebabkan PAS terjerumus ke lembah yang paling hina sekali sejak keujudannya pada tahun 1951.Saya katakan demikian kerana kenyataannya bahawa dalam Quran tidak sebut negara Islam sama taraf dgn Astora Jabat – Ulamak bawaan UMNO tahun 80 an. Bayangkan kalau pemimpin UMNO berkata demikian di zaman pra PRU 13, dah teruk UMNO di kafirkan PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: