Bravo: Kickdefella Suka Husam Musa Menang


Kickdefella lega Husam menang

Blogger Syed Azidi Aziz yang lebih dikenali sebagai Kickdefella, menyatakan rasa syukur dengan kemenangan Datuk Husam Musa sebagai salah seorang Naib Presiden Pas dalam pemilihan pucuk pimpinan yang baru.

Beliau ketika menulis dalam blongya berkata, perasaannya kini lega kerana kemelut beberapa hari ini jelas tidak mempengaruhi keputusan perwakilan.

“Syabas kepada para perwakilan. Seperti yang saya sebut sebelum ini, Husam adalah seorang yang istimewa. Saya tahu kemampuannya dan komitmennya di dalam perjuangan. Saya tahu apa yang Husam mampu lakukan dengan jawatan setinggi itu.

“Saya tahu hebat lebarnya langkah Husam dengan jawatan setinggi itu. Saya dengan Husam mungkin berlainan pendapat berhubung beberapa isu yang bagi saya Husam terlalu mementingkan politik dan meminggirkan yang terbaik untuk rakyat Kelantan di dalam hal-hal tertentu.

“Saya amat berhati-hati di dalam kemelut ini kerana saya amat risau ia akan mempengaruhi tindakan perwakilan pada waktu yang sama, saya juga bertangunggjawab untuk membetulkan yang tidak betul,” katanya.

Dalam waktu yang sama, Kickdefella yakin kemelut dan perselisihan diantaranya dengan Husam akan berpanjangan.

“Perwakilan ke Muktamar Pas kali ini juga telah memilih untuk mengukuhkan komitmen Pas kepada Pakatan Rakyat. Pemilihan Mohamad Sabu sebagai Naib Presiden dilihat jelas ke arah itu. Saya tidak melihat ianya kerana faktor perpecahan undi Ulama semata-mata. Ini kerana dalam persaingan untuk Naib Presiden, kedua-dua tokoh Ulama yang bertanding turut tercicir.

“Ianya jelas menunjukkan pilihan perwakilan adalah politik dan masa depan Pas di dalam Pakatan Rakyat. Perwakilan yakin Pakatan Rakyat adalah jalan mereka untuk ke Putrajaya.

“Apakah ini bererti Pas beransur-ansur menolak kepimpinan Ulama dalam pucuk pimpinan sebaliknya menyimpan ideologi kepimpinan Ulama sekadar di Majlis Syura iatu badan tertinggi dalam Pas? Saya merasa pilihan perwakilan adalah ke arah itu.

“Satu indikasi yang membenarkan tekaan saya, ialah jika Menteri Besar baru PAS akan dipilih dari kalangan bukan Ulama.

“Jika Pas menuju ke arah itu, Pas mampu melengkapkan dirinya sebagai parti politik alternatif kepada kebanyakan rakyat Malaysia,” tambahnya lagi.

Kickdefella

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: