Abang Mat Timbalan Presiden Pas, Pecah Rekod Baru


Abang Mat mendapat 420 undi

Keputusan pemilihan jawatankuasa pusat PAS yang diumumkan hari ini menggambarkan bahawa ‘tsunami’ kumpulan Erdogan atau pro-Pakatan Rakyat telah melanda parti Islam itu.

Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama – iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Dalam keputusan yang diumumkan sebentar tadi, pemidato terkenal Mohamad Sabu – yang dilihat tidak memihak kepada mana-mana – disokong kuat oleh kumpulan itu.

Kemenangan Mohamad yang bukan daripada golongan ulama juga pertama kali berlaku dalam tempoh 20 tahun selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan oleh parti Islam itu sekitar tahun 1980-an.

Manakala bagi tiga naib presiden yang baru dipilih pula, dua daripadanya – exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan ahli parlimen Datuk Mahfuz Omar – daripada kumpulan itu.

Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi.

Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan — menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.

AJK Pusat PAS 2011

Bagi jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS pula, Abdul Halim mengumumkan 18 nama berikut:

Mazlan Aliman (884)
Dr Hatta Ramli (765)
Kamarudin Jaffar (739)
Hanipa Maidin (735)
Azizan Abdul Razak (721)
Dzulkefly Ahmad (702)
Mujahid Yusuf Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Ghani Shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Mohd Amar Abdullah (470)
Mahfodz Mohamed (449)
Siti Mariah Mmahmud (445)
Hassan Mohamed Ali (437)
Abdul Ghani Abdul Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)

Manakala anggota parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub pula walaupun diletakkan dalam kumpulan ulama, pendekatannya tidak jelas kelihatan memihak kepada mana-mana pihak.

Mahfuz dan Salahuddin merupakan penyandang jawatan itu manakala Husam pula pernah menjawatnya sebelum sebelum itu.

Asakan padu Erdogan turut menyingkirkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai selebriti PAS dan calon pilihan kumpulan ulama, Ketua Penerangan Idris Ahmad.

NONEDi peringkat jawatankuasa pusat pula, sekurang-kurangnya 10 daripada 18 yang dipilih juga daripada kelompok Erdogan atau cenderung kepada kepimpinan Mohamad.

Tsunami besar ini selari dengan trend pemilihan dalam pemilihan muktamar di mana hampir semuanya dimenangi golongan wakil rakyat dan profesional.

Walaupun kemenangan Mohamad boleh dikatakan bukan mutlak kerana beliau hanya mendapat kira-kira satu pertiga sokongan perwakilan, keputusan ini masih boleh dilihat sebagai isyarat penting bahawa akar umbi PAS mahukan perubahan.

Ia juga sejajar dengan penegasan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam supaya anggota parti itu bersedia “sepenuh kudrat” bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

NONEMuktamar PAS ke-57 yang sedang berlangsung dipercayai yang terakhir sebelum parlimen dibubarkan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Bagaimanapun, perubahan dalam PAS tidak boleh dianggap bahawa perwakilan menolak sepenuhnya penguasaan ulama dalam parti itu. Ini kerana, perwakilan berjaya diyakinkan bahawa institusi itu tetap terpelihara melalui MajliS Syura Ulama.

Menurut anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad dalam sebuah seminar berhubung pemilihan parti di Kuala Lumpur sebelum ini mendedahkan, ketika menyokong konsep kepimpunan ulama kira-kira 20 tahun, mereka merujuknya kepada penubuhan Majlis Syura Ulama.

Ia bukannya bermaksud pemimpin semua peringkat dalam PAS mestilah terdiri daripada golongan ulama, tambahnya.

Mohamad juga akan menghadapi tugas pertamanya sebagai orang nombor dua dalam parti dengan menjayakan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil bulan depan.

Dengan kejayaannya mengumpulkan 40,000 – antara perhimpunan terbesar setakat ini – pada tahun 2007, Mohamad dijangka akan menonjolkan keupayaan sebenarnya sebagai pemimpin akar umbi.

Malah, cakap-cakap di kalangan perwakilan, sudah ada gurauan bahawa dengan kemenangan Mohamad, PAS patut mewujudkan biro baru iaitu “biro demonstrasi”.

Sementara itu, kemenangan Mohamad juga dilihat bakal mengukuhkan kedudukan PAS dalam Pakatan, sekali gus memainkan peranan lebih besar, khususnya dalam pembahagian kerusi pilihan raya.

Dengan pemimpin yang tegas seperti Mohamad, dibantu Husam dan Mahfuz, PAS kini tidak boleh lagi dianggap sebagai ‘budak kecil’ ketika duduk sebaris bersama rakannya PKR dan DAP.

Keadaan ini jauh berbeza dengan sebelum ini di mana Nasharudin sering dikaitkan dengan peribadi lembut dan lemah dalam membuat keputusan dalam mesyuarat.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu juga mempunyai hubungan yang baik dengan DAP, terutamanya dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang sering dirujuknya sebagai “adinda saya”.

Bagaimanapun, sama ada formula ini akan berjaya dalam pilihan raya umum depan, mungkin hanya Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang dapat menjawabnya.

diedit dari mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: