Gempar: Demo Lynas,Ketua Pemuda MCA Pun Kena Tendang


Ketua Pemuda MCA buat laporan Polis

KUANTAN – Ketua Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota, David Choi meminta polis mengambil tindakan tegas kepada individu yang didakwa menendang kaki kanannya ketika beliau cuba menyerahkan memorandum kepada panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Isnin lalu.

David yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD), di sini, kelmarin berkata, ketika tiba di hotel itu, beliau meminta kebenaran daripada Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff untuk menghantar sendiri memorandum tersebut.

Bagaimanapun, permintaannya itu ditolak kerana beliau perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan kerajaan.

“Akur dengan arahan yang diberi, saya menunggu Pengerusi MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker untuk menyerahkan memorandum itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob untuk disampaikan kepada panel yang terlibat.

“Dalam masa sama, salah seorang daripada sekumpulan pihak yang menyokong IAEA yang dikenali datang ke arah saya dan kami membincangkan tentang projek Lynas ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam perbincangan itu, terdapat percanggahan pandangan antara mereka kerana masing-masing mempunyai pendapat berbeza.

“Mereka turut mempertikai saya memakai baju MCA datang ke situ. Saya menjelaskan kepada mereka kerajaan telah mengumumkan bahawa organisasi kerajaan mahupun swasta, ahli politik serta rakyat dijemput hadir untuk berjumpa dengan panel pada hari tersebut.

“Justeru, sebagai ahli politik, saya mempunyai hak untuk memakai pakaian seragam parti yang saya wakili,” katanya.

David berkata, individu terbabit turut mengarahkannya untuk menanggalkan pakaian seragam itu.

“Salah seorang daripada kumpulan tersebut meninggikan suara kepada saya dan tiba-tiba lebih kurang 10 orang datang ke arah saya. Mereka cuba untuk memukul saya.

“Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah menyepak kaki kanan saya,” katanya.

SH

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: