Belum Ajal: Janda Kena Tembak Didada Tak Mati


MISLEHA hanya mengalami kecederaan dan masih boleh berbual dengan kakaknya, Faridah (kanan)

Pantang ajal sebelum maut

RANTAU PANJANG – Seorang janda anak tujuh dari Thailand menggemparkan penduduk di Kampung Gual Periok, Jalan Padang Licin di sini apabila dia bukan sahaja hanya mengalami kecederaan malah masih boleh berbual selepas terkena dua das tembakan di dada kirinya semalam.

Kejadian ajaib itu berlaku pada pukul 3.15 pagi ketika Misleha Che Soh, 39, sedang tidur bersama anak-anaknya yang berusia di antara satu dan 17 tahun.

Ketua Polis negeri, Datuk Rahim Hanafi berkata, siasatan awal mendapati penyerang Misleha telah menggunakan senapang ringan buatan sendiri untuk mencederakan Misleha.

“Mangsa ditembak di dada kiri selepas dia membuka salah satu tingkap rumahnya untuk meninjau satu bunyi bising,” katanya yang masih menyiasat motif kejadian.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Sementara itu, Misleha memberitahu, sebaik membuka tingkap, lelaki yang tidak dikenalinya terus melepaskan dua das tembakan sebelum melarikan diri.

Kata penoreh getah itu, dada kirinya kemudian terasa sakit dan apabila dilihat, dia ternampak kesan darah di situ.

ksm

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: