HOT: Kempen Terbuka Ketua Dewan Ulama Pas?


Apa maksud sebenar ucapan Ketua Dewan ulama Pas?

Dalam kehangatan pemilihan jawatan penting Pas ,perlukah ucapan sebegitu dilontarkan? perkara ini akan mengundang andaian bahawa ustad Harun Taib membuat kempen secara terbuka untuk menolak calon bukan dari pengajian Islam.

Jelaslah kini cakap cakap kedai kopi bukanlah satu omong kosong, puak puak dalam Pas sudah menekan kepada gear 5 untuk perebutan jawatan dalam Pas. Kononnya dalam Pas tidak ada puak dan jangan mengadakan puak hanyalah cakap politik pemimpin Pas untuk mempertahankan status quo ‘ulama’ dalam Pas.

Bagi pemerhati bebas politik Malaysia hanya ingin melihat Pas akan menjadi ‘big brother’ dalam Pakatan Rakyat, sekiranya pendirian yang sama pula dilontarkan oleh rakan Pakatan Rakyat, apa ustaz Harun Taib akan jawab?

Paling sensitif dalam ucapan pagi tadi mengenai ‘orang kanan’ parti mestilah dari ulama haraki,sesuaikah kempen sebegini dalam Pas?.Perlukah kempen sebegini wujud dalam Pas?

Suka pula kita bertanya sepanjang 3 tahun kebelakangan ini apa agenda atau wawasan ‘ulama haraki’ ini sudah buat untuk kononya Pas akan ganti Umno.’Orang kanan mesti ulama’ apa yang kamu dah lakukan untuk memobilasi sokongan dari Saluran 3,4 dan 5?

Ini juga lanjutan dari kempen semalam dari ketua pemuda Pas dan kempen berterusan dari Utusan Meloya untuk ‘ulama haraki’.

Soalan cepumas, dalam dunia terkini sudah berapa negara ‘ulama haraki’ berjaya menjadi pemerintah negara?

Ulama: jangan terlalu rai Pakatan

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut “rentak” pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu.

Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu.

“Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

“PAS dinamik dalam menangani perubahan tanpa mengorbankan al-thawabit (pendirian).

“Tidak ada kompromi dalam soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sarih (jelas) dan nyata dalam Al-Quran dan al-Sunnah,” kata Harun.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, sebagai sebuah gerakan Islam, beliau menyeru agar PAS meraikan perubahan dalam arena politik negara ini.

Teks ucapan Harun bertajuk “Ulama Haraki Teraju Kemenangan” dibacakan timbalannya Datuk Ahmad Yaakob di muktamar dewan itu di Gombak pagi tadi.

Orang kanan mesti Ulama Haraki’

Dalam ucapannya, Harun turut mengingatkan PAS agar tidak menjadi seperti Umno yang didakwa menggunakan alasan tadarruj(berperingkat-peringkat) untuk menafikan pelaksanaan hukum sedangkan mereka tidak ada matlamat ke arah itu.

Tadarruj perlu berpaksikan kepada tempoh tertentu yang berakhir dengan pelaksanaan sepenuhnya hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,” katanya.

Dalam ucapan itu juga, Harun turut mempertegaskan bahawa bahawa gerakan Islam seperti PAS akan sentiasa didokong oleh ‘Ulama Haraki’.

Harun mentakrifkannya sebagai “golongan yang memiliki ilmu agama, melaksanakan amanah perjuangan, sabar dan tidak sekali-kali berhenti daripada melaksanakan jihad dalam harakah Islam.

“Parti Islam Semalaysia (PAS) yang berdiri di atas paksi kepimpinan ulama, perlulah memiliki tenaga alim ulama yang setia dan bergerak cergas sama ada di peringkat atasan seperti Syura, ahli jawatankuasa harian, ahli jawatankuasa kerja, mahupun para pengurusan ulama di peringkat negeri atau kawasan,” katanya.

Sehubungan itu, dari sudut organisasi, Harun berkata pucuk tertinggi parti perlulah disokong oleh para pembantu atau ‘orang kanan’ yang turut memiliki kualiti sebagai ‘ulama haraki’.

“Golongan inilah yang akan menjaga dasar-dasar Islam sepanjang parti melaksanakan amanah kepemimpinan, meneraju umat ke arah kemenangan yang diimpikan, di dunia dan di akhirat, -Insya-Allah,” katanya.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: