HOT: Tahukah Anda Berakhirnya Waktu Untuk Solat Isyak?


Tahukah anda bilakah berakhirnya waktu untuk solat Isyak? 

Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyak selagi tidak

masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya. 

Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa pukul 1.00 pagihingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat Isyak pada pukul 3.00atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9.00 pagi.

Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah.Hukumnya adalah berdosa.

Sebagaimana firman-Nya :

“Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman dengan ketetapan

yang telah ditetapkan waktunya.” (An-Nisa’: 103)

Petikan dari Pendidik – Dec 03

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • poknik  On June 1, 2011 at 8:18 pm

    boleh ke tuan kemukakan hadis yang mengatakan perkara tersebut?. tulisan tuan amat mengelirukan.

    • abu shahid  On June 1, 2011 at 8:40 pm

      Assalamualaikum poknik..

      hadis yang menceritakan Rasulullah s.a.w. melewatkan solat isyak, maksudnya ialah melewatkannya hingga ke sepertiga malam atau seperduanya sahaja. Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;

      “Jika tidak kerana bimbang akan memberatkan umatku, nescaya aku akan suruh mereka supaya melewatkan solat Isyak hingga ke sepertiga malam atau separuhnya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)

      Sengaja melewat-lewatkan solat isyak hingga melebihi ½ atau 1/3 malam adalah tidak digalakkan kerana sebaik-baiknya solat dilaksanakan di awal waktu. Lagipun, sebahagian ulamak/mazhab ada yang berpandangan; waktu solat isyak tidaklah berterusan hingga masuk subuh, akan tetapi setakat 1/3 atau ½ malam sahaja. Berdasarkan pandangan ini, sesiapa sengaja melewat-lewatkan solat isyak hingga melepasi sepertiga malam atau separuhnya, ia berdosa kecuali kerana suatu keuzuran. (Sila baca lebih lanjut dalam blog ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/02/waktu-solat-isyak.html).

      Rujukan;

      1. Mugni al-Muhtaj, 1/313.

      2. al-Iqna’ (Imam Ibnu al-Munzir), hlm. 81.

      3. Fiqh al-Ibadaat (Syeikh Hasan al-Ayyub), hlm. 296.

  • libanglibu  On June 2, 2011 at 12:03 am

    tq tuan.

    info yg amat berguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: