Monthly Archives: May 2011

Kah kah Kah Belia 1 juta Kena Tipoo..Nasik Ayam 6 Ringgit!


Peniaga pada himpunan belia tak letak tanda harga, guna bahan polisterin

PUTRAJAYA: Char koteow RM5, nasi ayam RM6, air bancuh RM2 dan jagung bakar RM3!

Itulah harga sesetengah makanan yang dijual di medan selera sempena Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 berakhir semalam yang mengejutkan kebanyakan pengunjung kerana dianggap tidak masuk akal.

Ramai kecewa kena tipu hidup hidup

Kebanyakan pengunjung yang ditemui kecewa dengan tindakan peniaga itu tetapi pada masa sama meletakkan tanggungjawab terhadap penganjur kerana mungkin mengenakan sewa terlalu mahal kepada peniaga terbabit yang akhirnya memindahkan kos itu kepada pengguna.

Tinjauan Berita Harian mendapati selain menjual makanan terlalu mahal, peniaga juga didapati tidak meletakkan tanda harga selain sebahagian besar menggunakan pinggan polisterin yang diharamkan di sesetengah tempat kerana tidak mesra alam sekitar dan kesihatan.

Seorang suri rumah dari Desa Pinggiran Putra berkata, beliau terkejut apabila terpaksa membayar RM20 bagi empat pinggan char koteow, RM8 bagiair bancuh dan RM9 bagi tiga jantung jagung bakar ketika menjamu selera bersama tiga ahli keluarga pada Jumaat lalu.

Akibat tiada tanda harga, kebanyakan pelanggan hanya “melopong”apabila hendak membayar kerana menyangka harga makanan adalah pada kadar biasa.
Bagaimanapun, harga makanan syarikat francais tidak dinaikkan.
Peniaga kerepek dari Kluang Johor, Ramli Kamal, 43, berkata sewa untuk tapak berkhemah berkeluasan 120 meter persegi ialah RM3,000 untuk tiga hari.

“Kebanyakan peniaga di sini ialah kecil-kecilan dan memang mereka terpaksa naikkan harga jualan untuk menampung kos.

“Kami sedar yang datang kebanyakannya remaja tetapi apa boleh buat kerana peniaga terpaksa menjaga kosnya,” katanya yang meminta sewa khemah jualan dikurangkan pada tahun depan.

Nor Akmaliyah Mohd Zainal, 17, dari Johor yang menyertai himpunan itu berkata beliau membayar RM5 bagi sepinggan char koteow dan RM2 untuk segelas air bancuh dalam balang yang biasanya dijual RM1.

“Saya terkejut kerana makanan terlalu mahal dan mereka tidak sepatutnya buat begitu, kami yang masih belajar bukan bawa duit banyak.

“Kalau saya tahu, tentu saya makan di tempat lain,” katanya.
Pekerja swasta, Shahrul Sahab, 26, berkata peniaga bertindak demikian mungkin kerana sewa tapak yang mahal.

Beliau berkata, tidak masuk akal harga minuman bancuh dalam balang yang biasanya dijual RM1 di pasar malam dinaikkan hingga RM2.

Cuaca panas membuatkan minuman seperti itu laris dan memberi pulangan lumayan kepada peniaga.

“Sepatutnya penganjur dan pihak berwajib mewujudkan harga makanan seragam dan peraturan meletakkan tanda harga perlu diwajibkan seperti biasa,” katanya.

Himpunan itu bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam.
samadi ahmad

Kisah Benar: Keris Taming Sari Sultan Perak Adalah Tulen


KERIS Taming Sari dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar selama enam hari bermula semalam sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-83.

Keris kebesaran Diraja Perak diwarisi dari Sultan Melaka sejak 1528

KUALA KANGSAR: Muzium Perak menolak dakwaan mengatakan Keris Taming Sari iaitu satu daripada alat kebesaran Diraja Perak yang dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, di sini, adalah palsu atau replika.

Pengarah Muzium Perak yang juga pengurus galeri berkenaan, Nor Janati Ibrahim, berkata pihaknya sering menerima dakwaan sedemikian berikutan ada di kalangan pengunjung meragui keaslian keris itu.

“Keris Taming Sari dipamerkan di galeri ini adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Nor Janati berkata, mengenai ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan pihak berkaitan, tetapi yang penting Muzium Perak tetap mengatakan Keris Taming Sari ialah satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.

“Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.

“Justeru, Muzium Perak dengan perkenan Tuanku (Sultan Perak) mengadakan pameran Keris Taming Sari di Galeri Sultan Azlan Shah selama enam hari bermula hari ini (semalam) sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-83.
“Ia bertujuan memberi pendedahan serta gambaran sebenar mengenai keistimewaan keris yang pernah menjadi milik Laksamana Hang Tuah itu,” katanya.

Keris berkenaan yang diseliputi dedaun emas, manakala sarung atau hulunya diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya daripada serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Senjata itu dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan dan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Selain itu, ia juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

Nurhayati Abilah

Gempar: Anak Gajah Jatuh Parit Cemaskan Penduduk Kampung


PENDUDUK kampung bersama anak gajah yang terjatuh dalam parit di Ladang Felcra Tumbi Rapat Reka, Jeli semalam.

Anak gajah jatuh parit gemparkan penduduk kampung

JELI – Pekerja ladang Felcra Tumbi Rapat dekat Kampung Reka di sini digemparkan dengan suara seekor anak gajah jantan yang terjatuh ke dalam sebuah parit kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Mereka pada mulanya menyangka anak gajah itu dikejar oleh harimau menyebabkan ada yang bertempiaran lari meninggalkan kawasan ladang berkenaan.

Seorang pekerja ladang itu, Che Mohamed Mazlan Che Wook, 24, berkata, dia sedang menyembur racun rumpai di bawah kaki bukit berhampiran apabila dikejutkan dengan kelibat beberapa rakannya yang lari bertempiaran.

Jelasnya, salah seorang daripada mereka memaklumkan terdengar suara gajah yang dikejar harimau.

“Pada mulanya saya berasa takut untuk melihat apa yang berlaku tetapi bersama seorang rakan, kami memberanikan diri menaiki bukit berkenaan.

ksm

Jangan Percaya ‘Senyuman Beracun’ Najib


Umno sudah terbukti memiliki ‘track record’ menganiaya Pas

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu meminta PAS agar jangan sesekali mempercayai Umno yang pernah mengainaya parti itu sewaktu berada dalam Perikatan.

Membidas ‘lamaran’ Perdana Menteri, Datu Seri Najib Razak di Terengganu baru-baru ini agar PAS bersatu dengan Umno dan ‘bercerai’ dengan DAP beliau berkata, PAS sudah mendapat pengajaran besar sewaktu bersama Umno Dahulu.

“Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP.DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah.

“Kita dah ada pengalaman bersama Umno.Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun.

“Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera,” katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau malam tadi.

Kata-kata itu turut disambut gelak ketawa hampir 5,000 yang hadir memenuhi kawasan padang.

Katanya lagi Umno terpaksa menggunakan isu perkauman yang melampau untuk mewujudkan kebencian rakyat terhadap Pakatan Rakyat selepas isu pembangunan tidak lagi berjaya mempengaruhi minda rakyat yang celik maklumat.

Utuk memastikan Umno BN kekal berkuasa, mereka memainkan isu perkauman melalui akhbar milik mereka, Utusan Malaysia.

Katanya, tiada sebarang tindakan diambil ke atas Utusan meskipun memainkan isu perkauman kerana dilindungi Kementerian Dalam Negeri.

“Bila sebut Utusan tak boleh dipisahkan dengan Umno, ibarat kentut dengan tahi.

“Baru-baru ini Utusan laporkan ada usaha DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi jadi mangsa padahal ia diambil dari tulisan blog sahaja.

“Tapi sebab Utusan yang lapor, selamatlah.Kalau Harakah atau Suara Keadilan yang lapor, semua sekali daripada ketua pengarang sampailah yang jual suratkhabar kena tahan,” kata beliau.

Menurutnya, isu perkauman juga menjadi peluru Umno BN untuk menghancurkan Pakatan Rakyat setelah tiada modal untuk memburuk-burukkan negeri Pakatan Rakyat.

“Miti melaporkan kemasukan pelabur asing tertinggi ialah Pulau Pinang, kedua tertinggi Selangor, ketiga Kedah.

“Laporan audit pula menunjukkan negeri terbaik menguruskan kewangan Pulau Pinang dan yang terburuk di Pahang.Pahang siapa pemerintahnya?” Soalnya dan disambut laungan “Umno….” oleh hadirin yang hadir.

HD

Video Nazri Aziz Belasah Mahathir


Awek Tranung Kater “Polis Bodoh”


Gadis berhadapan hukuman denda Rm100

KUALA TERENGGANU, 29 Mei —  Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.

Laporan Bernama Online menyebut, Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira 1 tengah hari semalam di hadapan LTSM.

Dia dituduh mengeluarkan perkataan “polis bodoh” terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak, yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahn-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung hitam mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Seksyen/Masjistret Rusilah Chik.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Ketika kejadian itu, tertuduh yang bekerja di sebuah butik di LTSM dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya.

Dia kemudian terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan dan dia diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

Tertuduh bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati apabila ditegur tentang kesalahannya itu dan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggelar bodoh terhadap anggota polis tersebut.

tmi

%d bloggers like this: