18 SX: Skandal Sex Tony Blair Pulak Dah


Benarkah Tony Blair terlibat dengan tukang urut dan perunding gaya hidup isterinya?

Seorang perunding gaya hidup, Carole Caplin, menafikan mengadakan hubungan seks dengan Tony Blair selepas mengurutnya, dalam samannya terhadap sebuah akhbar ketika prosiding di Mahkamah Tinggi, di sini kelmarin.

Akhbar The Telegraph melaporkan, Caplin, yang juga rakan lama Cherie Blair, menegaskan beliau bukanlah jenis suka menggoda sebagai tukang urut dan tidak terbabit dengan sebarang perlakuan tidak senonoh semasa mengurut bekas perdana menteri itu

Penasihatnya, David Price, juga berkata Caplin tidak bertindak sebagai penasihat peribadi dalam perkahwinan keluarga Blair. Caplin membuat penafian luar biasa itu ketika menyaman akhbar itu yang dituduh memfitnahnya.

Beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap persoalan akhbar itu sama ada beliau bercadang untuk menutup rahsia seks Blair dan Cherie.

Caplin adalah penasihat gaya hidup dan jurulatih kecergasan Cherie sepanjang bekas Wanita Pertama itu berada di Downing Street.

Beliau mengundang kontroversi pada November 2002 apabila seorang lelaki penipu warga Australia yang juga teman lelakinya, Peter Foster, berunding mendapatkan potongan harga £69,000 (RM342,847) untuk membeli dua pangsapuri di Bristol bagi pihak Cherie.

Artikel yang diterbitkan Daily Mail pada September lalu, turut menyarankan Caplin mungkin menimbang untuk menjual cerita selama 10 tahun berkhidmat dengan pasangan Blair, selepas gimnasiumnya menghadapi masalah kewangan.
Beliau dilaporkan menolak tawaran £1 juta (RM4.9 juta) untuk mendedahkan cerita 10 tahun itu. Menurut laporan, Caplin sering memberikan Tony urutan leher dan memanggilnya dengan nama manja ‘Toblerone.’

Artikel itu turut mendedahkan komen Ian Monk, bekas pegawai publisitinya, yang berkata: “Masalahnya ialah anda tidak akan dapat menampilkan beliau dalam televisyen kerana sentiasa ada sesuatu mengenai Tony dan urut, dan beliau tidak mahu menceritakannya.

Agensi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: