Mat Burger Nak Bagi Dia Punya Roll Royce Untuk ‘Wajah mirip Anwar’


Mesej dari tetamu blog ini..

“macamlah orang PKR Kedah tak kenai mangkuk zamil tu…dulu asainya mangkok tu jual burger saja..bila ada peluang boleh dekat dengan anwar mulalah atoq projek untuk pelingkup PKR Kedah…dah laa dia untung juta juta kerana jual MP dan ADUN Pkr kepada Umngok.ada hati plak nak offer dia punya Roll Royce yang takdak Road Tax tu”..piiirah….piiilah mabok.

“tuan blog tu tolong siar mesej nie..aku nak tanya 3 ekoq berok mat yeh dan mat burger tu..pasai apa polis tak tangkap depa?

“jalang budak cina ka atau siam thailand yang berlakon dalam video tu?..TAKKANLAH JALANG TU TAK BOLEH HABAQ DIA BUAT DENGAN SAPA?

Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim.

PETALING JAYA: Orang ramai ditawarkan sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce jika dapat membawa seorang yang mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahimyang kononnya didakwa sebagai  pelaku klip video seks.

Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim memandangkan Anwar sebelum ini menafikan bahawa dirinya adalah pelaku dalam klip video berkenaan.

Bagaimanapun menurut Zamil tawaran itu akan berakhir 10 Jun depan dan tiga orang panel khas akan dijemput untuk membuat penilaian bagi mengesahkan pelaku itu.

Zamil berkata tiga penel termasuklah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang juga Senator Dewan Negara Ezam Mohd Nor.

Menurut Zamil, ketiga-tiga panel itu akan dijemput untuk mengesahkan entiti pelaku itu memandangkan mereka merupakan kenalan rapat Anwar.

“Anwar beri kenyataan bahawa pelaku dalam video seks itu bukan dia, muka hanya mirip saya. Anwar sendiri bermati-matian menafikan bahawa dia adalah pelakunya.

“Siapa yang mirip dia kalau pelaku itu adalah dia? Maka parti Kita Kedah nak tamatkan sandiwara Anwar…..dia tidak mahu mengaku sedangkan polis sudah kata video adalah tulen. Tapi Anwar tetap dengan sandiwaranya dengan buat laporan polis yang palsu.

Zamil menjelaskan beliau bertindak sedemikian untuk menamatkan kontroversi yang masih berpanjangan mengenai ‘siapa’ pelaku dalam video seks tersebut.

Beliau turut mencabar Anwar mahupun penyokong setia PKR untuk menampilkan pelaku yang mirip dengan pemimpin pembangkang itu.

“Saya cabar Anwar agar bercakap benar mengenai hal ini. Janganlah sentiasa berbohong sepanjang hidupnya. Hanya penyokong beliau yang masih tidak buka mata sedangkan hakikatnya rakyat sudah bosan dengan perlakuan peribadi Anwar ini.

“Maka saya tawarkan kereta Rolls Rocyce milik saya kepada mana-mana individu yang dapat menampilkan pelaku yang mirip seperti Anwar.

“Saya jemput penyokong-penyokong setia PKR serta Anwar sendiri untuk tampilkan pelaku dalam video seks itu sebagai bukti kepada penafiannya,” katanya kepada FMT.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: