Khairy pun Buat U-Turn Macam Ustaz Tuan Ibrahim Jugak?


KJ umumkan pertahan jawatan Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan akan datang.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan sama ada akan meletakkannya kembali bertanding kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya sekarang pada pilihan raya umum akan datang.

Khairy berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas Radio24 Bernama.

Beberapa bulan yang lalu dalam temuramah dengan portal berita AgendaDaily.Com. Khairy telah memberikan bayangan yang beliau tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatannya dalam Pemuda pada pemilihan akan datang.

Ramai yang mengaitkan keputusannya untuk bersara dari politik itu ada kena mengena dengan kedudukannya dalam kerajaan.

Ini kerana walaupun menyandang jawatan ketua pemuda tetapi Khairy masih tidak dilantik menduduki sebarang jawatan dalam kerajaan sedangkan naibnya, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri.

Bagaimanapun Khairy pernah menyatakan keputusannya untuk ‘bersara’ dari politik jika benar berlaku, adalah bagi memberikan tumpuan kepada perkara-perkara lain yang beliau ingin lakukan dalam hidup.

Ini telah beliau tunjukkan sedikit demi sedikit dengan mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan dan penglibatannya dalam Regimen Askar Wataniah.

rozaida abd rahman

Nota: Beberapa hari lalu ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man membuat keputusan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas setelah beberapa kali memberikan kenyataan untuk tidak bertanding jawatan tersebut.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: